CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 8 September 2011

Antara Jihad Sang Cahaya...

...Dengan nama Allah Yamh Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...






Pengutus cahaya membawa suram utusan dari sang peninjau cahaya. Kelihatan debu kesuraman pada perisainya mungkin akibat merentas ribut pasir hitam diluar pangkalan gelung cahaya... wallahualam.. pergerakan anak muda itu kelihatan lemah seakan seorang tua yang tidak bermaya. Lama sebelum tiba di pekarangan perbincangan. Sahabat yang menyedari kehadirannya membantu tidak tertahan melihat sang perutus yang sudah semakin dicengkam racun gelap... Masyaallah... simpati tumpah buat saudara mereka itu.. Kelihatan general Iman tenang mengira tasbih yang tergenggam erat ditangannya. Bibirnya tidak putus melagukan zikrullah dengan suaranya yang lunak. Tidak menyedari kedatangan perutusan cahaya leka dalam khusyuk.. subahanallah.. terasa tidak sanggup untuk menganggu saat pemuda itu bersama Rabbnya namun terpaksa demi jasad yang diutus ke dunia.

             "Assalamualaikum....... Wahai...... Iman," ucap perutusan itu terputus-putus. Terasa dirinya semakin lemah.. Astaghfirullah hal azim... Iman yang menangkap sahaja kalimah sejahtera itu terbejat kiraan tasbihnya membuka kelopak matanya memeperlihatkan pasangan matanya yang jernih.

              "Waalaikumsalam, yang perutus cahaya... apa dapatanmu?" solanya tenang masih diduduknya tidak berganjak. fikirannya dipusatkan kepada segala kemungkinan yang tidak menyenangkan. "Adakah apa-apa pertolongan dari jasad terutus?" sambungnya lagi setelah seketika sunyi menyinggah.

               "Tiada wahai Iman.... dia sudah semakin melupakan Rabbul Izzati.... bagaimana ya Iman? aku tidak mahu menjadi seperti yang lain... tanpa rela berpihak pada kegelapan... aku tidak mahu... Aku menyintai  cahaya dan tamannya kawasan tinggal ku.... astaghfirullah...." Kedengaran tangisan perutus cahaya melingkari kawasan perbincangan.. Saudara-saudara yang lain turut bersedih memikirkan diri mereka sendiri.. Ya Allah.....

              Iman hanya berdiam... dia sendiri juga sudah dapat merasakan racun kegelapan menyelinap dalam dirinya namun tidak dihebahkan buat saudara yang lain. Mereka berpaling tanpa rela hanya kerana sang jasad terutus semakin melupakan sang Pencipta. Dia ingin cuba menghalang saat diri itu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepadaNya namun dia tidak betah melawan kehendak jasad yang lebih mengangungkan hawa nafsunya. masih teringang hilai tawan syaitan laknatullah malihat kejatuhannya. Dalam gamat peperangan dia yakin sang jasad masih punya keyakinan, jika tidak pasti mereka yang masih tinggal dan taman-taman cahaya sudah hancur luluh. subahanallah..

               "Dia masih punya kita... dia masih beriman padaNya dalam sudut jajahan hati yang paling dalam.. biar kesayupan.. ada yang masih tidak terusik... Aku yakin kita masih mampu menang. Sang jasad masih ada kepercayaan. Jajahan kita masih luas biar kelihatan racun kegelapan sudah semakin menyelinap dan banyak kawasan kita sudah menjadi jajahan mereka. Kita masih mampu menang... InsyaAllah..." tutur general Iman bersemnagat dalam harapan. kedengaran suara yang lain bertakbir memuji kebesaran Allah mendengar ucapan general Iman. segala kesuraman perisai sang cahaya bersinar semula.. 'sang jasad sedang memuji Ya Rahman' bisik Iman.

**********************************************************

"SUBAHANALLAH! cantik bunga ni," ucap Liliyan girang memerhati kalungan bunga yang dipamerkan di sebuah kedai bunga dilandasan kakinya melangkah. Dia yang sedang bersama Fekri sedang asyik berpegang tangan meluangkan masa bersama di pekarangan Plaza Shah Alam terhenti seketika. wajah lelaki itu tersenyum manis melihat keindahan senyuman Liliyan. Gadis itu sungguh menawan. Wajahnya yang mulus, cerah dan gebu sedikit mencuit kegagahan imannya. Tangan gadis itu dipegang lebih erat.

               "You nak ke? I belikan nak?" Soal Fekri. Liliyan hanya mengeleng bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Belum sempat mereka beralih kelihatan seorang gadis indah berjubah merah jambu lembut dikenakan dengan tudung labuh putih. Liliyan terkaku, diperhatikan gadis manis itu dari atas hingga ke bawah. Sudah berlengan panjang lengannya tetap juga disarung sarung lengan putih sepadan dengan tudungnya.

                "Assalamualaikum, ada yang berkenan dihati ke cik? hari ini kami ade tawaran," ujar gadis itu penuh hemah. Liliyan terasa suara gadis itu seakan deruan gemersik menyentuh telinganya. Merdu sungguh suaranya. "Cik?" soal gadis itu saat melihat Liliyan tidak lekakng memandangnya. Wallahualam sebabnya.

                 "Owh, sorry.. em... i'll take this....thanks," pantas sahaja ayat itu menyusul bibirnya mengundang kehairanan pada Fekri namun dilayankan sahaja. Keputusan Liliyan baginya adalah keputusannya juga. She's the boss.

                 "Alhamdulillah... sebentar ye cik, saya bungkuskan... pembayaran, cik boleh ikut saya," tutur gadis itu riang bersama senyuman yang menguntum. Liliyan terasa seakan kakinya dipacak kebumi. Siapa gadis ini? Sedang hatinya juga bergetar merasakan sesuatu.... Allah......

**********************************************************

KIRAAN tasbih General Iman sekali lagi terbejat. Pandangannya yang dikatup rapat mencari khusyuk dibuka perlahan-lahan. Sahabat-sahabat juga terkejut dengan perlakuan General Iman. Masing-masing bangkit dari duduk. Pemuda itu jika alunan zikrullahnya terhenti sudah pasti ada yang sudah berlaku kemungkinannya antara baikdan buru hanya Allah yang Maha Mengetahui. Iman tersenyum tenang sebelum pandangannya diarahkan ke pintu kamar perbincangan.

                   "Ucapkan selamat pulang pada saudaramu....ya sahabat-sahabatku..." Masing- masing memandang dengan riak kehairanan ke arah pintu masuk kamar perbincangan. Beberapa saat kemudiannya kelihatan pintu dikuak perlahan... Allah huakhbar!! Taman-taman cahaya sekali lagi bercahaya dengan gamat takbir para penghuni cahaya.. General Iman hanya tersenyum. 'Syukran Ya Khaliq..' Sang jasad sudah terusik hatinya mencariMu.

Liliyan tidak tahu apa yang dilakukannya. Dia hanya mengikut gerak hati. Gadis tadi ditanya namanya, Aisya Humaira.. Indah nama itu seindah tuannya. Tapi apa yang membuatkan gadis itu sangat indah dipandang? Dia tidak mengenakan pakaian berjenama sepertinya. Tidak juga perlu mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya untuk kelihatan menarik. Seketika diteliti tubuhnya yang hanya berskirt pendek dan berbaju t-shirt berlengan pendek. Perlukah dia bergitu untuk nampak cantik? apa itu cantik? hatinya berbelah bahagi. General Iman tersenyum dari kejauhan melihat Liliyan. Alhamdulillah.. Teruskan wahai jasad. Aku sudah dapat merasakan keinginan hatimu.

**********************************************************

FURQAN pantas mengatur langkahnya semakin tidak sabar menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada kakaknya. Alhamdulillah! Doanya sudah dimakbulkan! Subahanallah! Semakin mendekati kedai bunga kepunyaan kakaknya diperlahankan hayunan kakinya.. Pandangannya terkaku melihat seorang gadis yang seakan dikenalinya. Siapa dia? kenapa seakan pernah kulihat wajahnya? Kakinya terbejat seakan diikat kukuh dilantai. Lama dia menatap hatinya memberi amaran. Astaghfirullah.. Pandangannya ditundukkan sehingga yakin gadis itu sudah berlalu.

                    "Assalamualaikum," ujar Furqan memasuki kedai bunga kepunyaan kakaknya Aisya Humaira. Gadis itu tersenyum manis melihat adik lelakinya. Anak itu sungguh santun selain peribadinya yang sangat menyejukkan hati. Alhamdulillah.

                    "Waalaikumsalam, awal Furqan balik. Ade apa-apa yang menarik ke?" Aisya seakan sudah dapat membaca hati adiknya. Dia sendiri sedia maklum hari itu adalah hari di mana keputusan peperiksaan dikeluarkan. Namun senyumannya sedikit kendur melihat wajah adiknya yang bertukar kerut. "Kenapa, Fur? Furqan tak apa-apa ke?" soal Aisya sedikit risau.

                    "Alhamdulillah, kak. Furqan tak apa-apa. Tapi siapa gadis yang datang beli sekalung bunga tadi?" soal Furqan tenang biar dihatinya penuh persoalan.

                    "Namanya Liliyan. Kenapa?" Aisya tersenyum seketika. "kamu dah jatuh hati dengan dia ke?" Soal Aisya saat tidak mendengar balasan dari Furqan.

                    "Wallahualam, kak.. Furqan..... ah, lupakan je... Ni, keputusan peperiksaan. jangan lupa janji kakak! Furqan tuntut!" Ujar Furqan sebelun ketawa kecil. Aisya hanya tersenyum gembira.

KEHENINGAN malam menjamah ketenangan hatinya. Namun hari itu ketenangannya sedikit terganggu oleh wajah indah kepunyaan gadis yang hanya diketahui namanya. Liliyan... nama syurga... Subahanallah... Furqan terbayang seketika saat dia pertama kali melihat Liliyan... Astaghfirullah! tapi... siapa gadis itu? kenapa aku seakan pernah menemuinya sebelum ini? cuma... keadaan dirinya sahaja yang berbeza. Ada yang berlainan dari yang pernah tertancap di fikirannya. Tapi apa?

**********************************************************

KEPUTUSAN peperiksaannya yang kelihatan semakin merosot membimbangkan Encik Yusuf. Penampilah gadis itu juga sudah semakin menyakitkan mata. Masakan tidak, hampir semuanya hendak didedahkan. Jika dimarah ada sahaja alasannya juga dibantu ibunya. Dia sendiri sudah buntu untuk menasihati keluarganya. Solat tidak mahu, menutup aurat tidak endah. Isterinya juga hanya mementingkan harta semata. Dia sudah lama tidak berminat dengan cara Fekri, teman lelaki anaknya itu. Seharusnya sebagai lelaki Fekri menasihati Liliyan namun keadaan sebaliknya pula berlaku. Allah! Bagaimana lagi harus aku lakukan?

                 "Liliyan, ayah dah cakap banyak kali jangan keluar lagi dengan si Fekri tu! Dia tu bukan budak baik, tengok keputusan kamu pown dah semakin merosot dari dulu. Pemakaian kamu?! Kamu ni muslimah Liliyan. Malu sikit orang pandang aurat kamu tu!" Encik yusuf terduduk. Terasa dadanya seakakn ditusuk-tusuk.

                "Alah! Abang ni, apa masalahnye dengan si Fekri tu? Dia kaya, banyak harta. Handsome lagi tu, kalau jadi menantu kita. Mesti semua orang pandang," Balas Puan Suraya tidak mengendahkan suaminya yang sudah kesakitan. Normal baginya jika lelaki itu terasa kesakita selepas memarahi Liliyan satu-satunya anak mereka berdua.

                 "Kamu ni tahu orang pandang je. Pandangan Tuhan tak nak pulak kesah! Kamu sendiri, Su. Dah tua.. Tak payahlah nak ikut lagi kawan-kawan kamu tu ke club. Sebaiknya bawak-bawaklah ke masjid ke.. ikut abang," Ujar Encik yusuf masih tidak mengalah. Puan Suraya hanya mencebik. Dia paling tidak suka apabila suaminya mengisahkan aktiviti hariannya. Malas dia melayan orang tua itu. Encik Yusuf memandang Liliyan yang hanya mendiamkan diri. Aneh, dia tak membalas. Kalau sebelum ni ada sahaja yang nak ditingkah bersama ibunya. "Kamu ni kenapa?" soal Encik Yusuf.

                 "Abang lah. Kalau dikata abang tingkah balik. Budak tu diam pown abang banyak masalah jugak!" Balas Puan suraya. Encik Yusuf meratap tajam membuatkan wanita itu pantas melarikan matanya. Pandangannya kemudian beralih pada Liliyan yang masih mendiamkan diri. riak wajah anak itu ada yang tidak kena tapi kenapa?

                  "kenapa Liliyan? cuba cerita kat ayah," suara Encik Yusuf sudah beransur kendur. Liliyan mula mengangkat kepala menampakkan linangan air mata yang membasahi pipi gebunya. Liliyan bangkit menghampiri Encik Yusuf yang duduk disofa bertentangan dengannya lalu memeluk tubuh gampal itu. tangisannya dilepaskan sahaja tidak dapat ditahan lagi. Fekri telah mengdustainya! Lelaki itu mengkhianatinya! Benarlah dikatakan, rahsia takkan kekal rahsia jika Allah kehendaki.

Liliyan seakan orang yang hilang arah. Telefon bimbitnya sengaja dibiarkan sahaja berdering tanpa henti sudah dapat meneka pemilik yang tidak putus-putus menghubunginya. Lelaki itu tak serik-serik lagi ke melukainya? Apa lagi yang dimahukan? tubuhnya direbahkan ke atas katil yang bersalut cadar biru sambil pandangannya dilemparkan sahaja ke siling. Deringan masih kedengaran entah yang untuk ke berapa kali. Seketika wajah tenang Aisya Humaira gadis yang dianggarkan lebih tua darinya itu meresap pemikiran. Terasa kekusutan fikirannya sedikit terubat. Cantik.... puji hatinya.

Raja Gelap semakin resah. Meja santapannya yang penuh dengan juadah dihentak keras hingga mengejutkan segala isi kamar makan yang kelihatan tidak teratur bersepah dengan segala jenis makanan dilantai sangat kotor disisip bau yang sangat kurang menyenangkan. Namun itulah kawasan yang paling  mereka gemari menjadi tempat tinggal mereka.

               "Jasad sudah menyedari sesuatu yang mulia!" Ujar sang utusan mengangungkan ketuanya. Sesungguhnya itulah yang paling disukai. Pujian baginya seakan menyalakan lagi semangatnya. Namun saat itu dia sudah tidak tenteram. Masakan tidak, biar sudah berpegang tangan jasad itu masih ada saat mengucapkan nama Tuhan yang Agung membakar seluruh tubuhnya dan meruntuhkan sebahagian markasnya di tanah jajahan. Pembaikian memerlukan masa dan kelalaian jasad yang diutus bagi membina semula markas yang baru.

               "Kita harus melancarkan serangan hendap! Dia tidak boleh sedar! Kelalaian harus menjadi sebatian hidupnya hingga dia diheret bersama kita ke neraka!" Janji sang Raja Gelap. Pengikut yang lain hinggar bersorak menyokong keputusan rajanya.

               "Tapi yang mulia, Iman pasti sudah mendapatkan semula sebahagian tentera mereka yang terkorban kerana sang jasad sudah mula punyai kepercayaan semula pada Yang Esa!" kedengaran suara seorang dari pada antara keramaian bersorak sorai. Suaranya kedengaran menggema kamar itu. Raja gelap membengis. Iman! Pasti dia sudah melakukan sesuatu hingga jasad itu tersedar! Arg!! Aku akan kalahkan kau lagi! bisik hatinya.

**********************************************************

FURQAN sendirian di kedai menggantikan kakaknya yang untuk bersolat. Mujur sahaja dia sudah menunaikan solat di kampus. Alhamdulillah.. syukur hatinya. Pandangannya menangkap gubahan bunga yang hampir siap oleh kakaknya. Terasa waktu terbuang hanya dengan menunggu tidak salah rasanya meneruskanpekerjaan kakaknya yang tertangguh. Pantas tubuhnya dihayunkan menuju ke atah jambangan bunga tersebut. Namun langkahnya dihalang bunyi loceng pintu kedai yang secara automatiknya akan berbunyi jika ada yang melewat masuk ke pekarangan dalam kedai itu. Pandangannya berubah arah. Ya Allah....

                 "As.....assalamualaikum...em... Cik Aisya Humaira ade tak?" Soal Liliyan tertib. matanya diliritkan ke seluruh penjuru kedai. Tiada kelibat Aisya Humaira.

                 "Waalaikumsalam... em... kak Aisya sedang bersolat.. kalau cik nak jumpa dia sila tunggu sebentar. Insyaallah tak lama. Kejap lagi dia balik la," ujar Furqan sebelum pandangannya yang terasa kesat direndahkan ke lantai. Masyaallah... Pantas dia membawa diri ke bilik kecil yang terpisah dari pekarangan depan kedai seakan-akan melakukan sedikit pekerjaan. Gadis itu seperti sebelum ini bersahaja memakai skirt pendek tapi kali ini lebih singkat dikenakan dengan baju t-shirt berlengan pendek menampakkan kulitnya yang gebu. Astaghfirullah! Furqan berdoa dalam hati agar kakaknya segera pulang. Tidak betah sendirian dengan Liliyan. Ya Allah... Ampuni aku dan ampunilah saudari itu ya Rabb.

Beberapa ketika kedengaran loceng kedai berbunyi lagi. Pandangan Furqan masih tidak mahu diangkat bimbang terpandang Liliyan yang tidak sempurna ditutup auratnya. Adakah kakaknya sudah pulang? hatinya gelisah.

               "Furqan, kakak keluar sekejap!" kedengaran jeritan dari pekarangan kedai. Alhamdulillah! syukur hatinya. Furqan masih tidak mahu mengangkatkan pandangan hanya menganggukkan kepala berbuat seakan dia khusyuk membaca sesuatu namun hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Petang di bandaraya menjanjikan kesesakan lalulintas yang tidak tertahan kekusutannya. Liliyan menjeling sekilas ke arah Aisya Humaira. Gadis itu sangat menyenangkan hatinya. Mereka sedari tadi berkongsi kisah kesedihan yang melanda Liliyan, banyak nasihat yang diberikan namun kebanyakannya lebih berlandaskan kepada saranan agama. Liliyan bukan tidak tahu hukum Tuhan, sedari kecil ayah selalu mengingatkanya dan mendidik dia untuk patuh pada agama. Tapi didikan ibunya pula berbeza, dek kerana lebih rapat dengan ibunya juga sering diprovoke dengan material dia mengikut sahaja kehendak ibunya. Resultsnya? Liliyan...

                 "Kak Aisya... kalau Liliyan nak tanya boleh tak?" Soal Liliyan teragak-agak.

                 "Boleh, sayang," ujar Aisya Humaira bersama senyuman yang bagi Liliyan sangat menawan.

                 "Tak susah ke pakai pakaian macam ni? kenapa nak tutup sampai macam ni? Tak rasa semua tu tak perlu ke?" Liliyan dengan yakin menuturkan soalan. Niatnya hanya ingin mengetahui mengamit tawa kecil Aisya Humaira.

                 "Wanita dalam Islam ibarat perhiasan dunia. Keindahannya mampu mencairkan mana-mana hati adam. Kecantikannya ibarat permata. Bayangkan jika kita punya permata yang indah lagi mahal, adakah sanggup kita biarkan bersepah-sepah? mestinya kita akan jaga sebaiknya disimpan di dalam kotak khas agar tidak dilihat orang. Betul tak?" Aisya Humaira memulangkan soalan. Liliyan berfikir sejenak sebelum tersenyum kecil. "Dalam hidup ini Liliyan... Kita punya larangan dan suruhan yang perlu dipatuhi. Ini adalah untuk kebaikan kita sendiri. Allah tidak akan menetapkan sesuatu jika bukan kerana demi kebaikan hambaNya. Islam itu mudah," sambung Aisya Humaira.

Liliyan hanya memusatkan pandangannya pada jalan raya yang sudah semakin regang ketegangannya. kenderaan sudah mula bergerak dan semakin meluncur laju. Liliyan hanya berdiam menghantar Aisya Humaira pulang semula ke kedai namun tidak mahu memasuki perkarangan kedai biar diminta. dia sedar Furqan tidak selesa dengan kehadirannya. Melihat reaksi pemuda itu sahaja sudah cukup memberikan dia suatu perasaan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini.....Malu..........

**********************************************************

TENTERA gelap dan cahaya memenuhi pertembungan antara wilayah hati. Tentera gelap memperlihatkan kebengisannya dengan wajah yang pelbagai bentuk yang hodoh. Pasti kerna dibakar tiap kalimah yang sebelum ini pernah disebutkan oleh Liliyan. Subahanallah... General Iman berdiri dipaling hadapan mengetuai seluruh tentera cahaya yang sudah semakin terang kilauannya dek kerana sang jasad sudah mula merasa.... Malu.... Alhamdulillah... jika ada perasaan malu kepada manusia bermaksud mereka sudah mula beriman semula. Raja gelap dapat melihat cahaya yang menyilaukan mata itu. hampir sebahagian tenteranya terasa tidak senang dengan kilauan itu. Terasa tubuh mereka panas namun masih dapat ditahan lagi. Kali ini pertaruhan adalah lubuk hati yang paling dalam.

               "Aku tidak akan membenarkan anak adam ini terus manikmati keindahan Islam! Dia akan kubawa besamaku ke neraka jahannam!" Sumpah raja gelap disambut bersungguh oleh semua pengikutnya. General Iman yang mendengar hanya tersenyum tipis.

               "Kemenangan tetap akan berpihak pada kebenaran," tenang general Iman merungkaikan hujahnya. Raja gelap senyap seketika sebelum ketawa besar. Suaranya yang nyaring kedengaran hampir se kesegenap penjuru kawasan petarungan.

               "Kau sudah lupa kekalahanmu yang dahulu? mahu diketawakan lagi?"

               "Aku tidak pernah lupa akan janji Tuhanku! yang menyisipkan aku dalam hati tiap anak adam yang diutus ke bumi. aku tidak akan membernarkan kau membawa mereka sewenangnya," General Iman bersuara. Kali ini dengan nada yang sedikit tegas.

**********************************************************

TIRAI senja sudah melabuhkan pancaragamnya membangkitkan malam yang penuh ketenangan diciptakan buat penghuni bumi untuk berehat dan beribadah kepadaNya setelah siangnya berusaha mencari rezeki. Encik Yusuf masih tidak meninggalkan duduknya bersama butiran tasbih yang masih lekat ditangkainya. Bibirnya tenang mengalunkan zikrullah mengubat hatinya yang luka kerana keluarganya yang masih tidak mahu menerima nasihatnya. Usai sahaja bertasbih dia memanjatkan doa penuh ikhlas.

                   "Ya Rahman....ampunilah keluargaku... anakku Liliyan yang aku sayangi dan cintai. Bajailah ya Rabbi hatinya dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhilah dia dari sifat-sifat mazmumah. Lindungilah dia Ya Allah, sedarkanlah dia akan keindahan agamaMu. Ampunilah jua isteriku yang aku cintai. Aku... aku gagal ya Rahim membawanya ke jalan kebenaranMu... maafkanku... berikan aku peluang ya Allah... aku tidak sanggup mereka dilemparkan ke nerakaMu... Tolong ya Rahman...," kedengaran suara tua En yusuf tersekat-sekat diselangi esakan tangisannya. Liliyan yang memerhati dari ambang pintu yang sedikit terbuka dapat merasakan linangan air mata membasahi pipinya. hangat.......

Tubuhnya dipalingkan ke luar tidak sanggup melihat ayahnya yang sedang khusyuk mendokan dia dan ibunya. Sungguh ayahnya amat menyintainya dan ibunya. Kasihan ayah.....bisik hati Liliyan... ternyata kami tidak pernah mendengar nasihatnya. Leterannya seakan suatu yang menyakitkan sedang sebenarnya ia adalah untuk kebaikannya sendiri......MasyaAllah..........Ya Illahi.... ampuni aku atas kelalaianku......

**********************************************************

KEDENGARAN doa mulus Liliyan bergema ke segenap penjuru ruangan peperangan. Mereka yang sedang rancak bertempur terhenti. Terasa gegaran merentak lantai medan peperangan dengan sangat dahsyad. Bunyi suara gempit gempita dari jajahan gelap. jeritan semakin nyaring sebelum kelihatan markas jajahan hitam yang jatuh berguguran menjadi debu. Sebahagian tenteranya seakan terkena racun terus bergelimpangan tidak lagi mampu bangkit. Tentera cahaya bertakbir memujiNya. Seketika kelihatan perisai mereka semakin bercahaya. Cahaya yang sangat terang hingga membutakan padangan tentera gelap. General Iman memanjat syukur sebelum mengarahkan tentera cahaya terus menyerang musuh mereka.

                 Raja gelap yang sudah tahu akan kekalahan mereka tidak dapat membuat keputusan cemas diantara medan peperangan. Markasnya semakin banyak yang roboh. "Undur! Undur! Pertahankan wilayah yang masih ada!" Jeritan Raja hitam kedengaran hingar. Tenteranya bertempiaran lari mencari pelindungan berudur semula ke kawasan mereka yang masih kuat. namun kehilangan sebahagian besar kawasan mereka sangat mengecewakan! IMAN!!!!!!! jeritnya lantang..

**********************************************************

KEINDAHAN pagi dirasakan lebih menyerlah saat itu. Musim cuti seakan baru sahaja dapat dirasai indahnya. Dia bebas....bebas dari berpegang tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya... Dia bebas dari berbicara sia-sia dan menyentap nafsunya.. Alhamdulillah! Syukran Ya Allah! Hari itu bangun sahaja dari tidurnya, kelihatan sebuah bungkusan putih indah berbalut diikat ceria dengan riben bewarna merah jambut lembut. Cantik.. menurut kad yang tetera adalah buatnya tapi dari siapa? Lincah tangannya membuka kotak itu tidak sabar. Yakin hatinya ia bukan dari Fekri. Lelaki itu sudah dibuang jauh dari hatinya. Tidak mahu lagi mengingatkan kisah mereka yang mampu menjamah lukanya. Perlahan kotak dibuka dan terselit sekeping kad tertulis tertib.....

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]


Dilirit isi kotak cuba merungkai persoalan yang masih bersarang dihatinya. Pantas tangannya mencapai isi kotak itu.... Subahanallah.. sepasang jubah moden indah bewarna hijau muda mewarnai pandangan beserta tudung labuh dah sarung lengan bewarna cream. Liliyan hanya tersenyum sendiri masih memikirkan garangan yang memberikannya hadiah seumpama itu. Sungguh indah...

**********************************************************

FURQAN masih tekun mengira stok mereka tang baru sahaja tiba hari itu membantu kakaknya yang juga sibuk mengira jumlah penghantaran yang masih belum sampai atas sebab komplikasi tertentu. Dia sendiri kurang pasti atas sebab apa. Entah mengapa seketika fikirannya tiba-tiba teringatkan Liliyan yang sudah lama tidak mengunjungi kedai itu selepas membawa kakaknya keluar untuk beberapa kali. Yang terakhir dilihat adalah sebelum Ramadhan dua tahun lepas. Namun gadis itu tidak pernah menampakkan dirinya kepadanya. Mungkin gadis itu tahu dia tidak selesa dengan pakaiannya. Wallahualam... Tapi apa pula yang terjadi pada bungkusan yang dia kirimkan?

                "Oit!" Kedengaran lantang suara menyergahnya bersama satu tepukan lembut dibahunya.

                "Astaghfirullah!" Latah Furqan. Pandangannya dipalingkan kebelakang. "Akak! jangan buat macam tu, terkejut Furqan!" Teguran Furqan mengamit tawa kecil Aisya Humaira sebelum gadis itu meminta maaf.

                "Saje je akak tengok adik akak ni asyik termenung je. Ade rindu kat sape-sape ke?" soalan Aisya Humaira seakan menyentap tangkai jantungnya. Rentaknya tidak keruan.

                 "Mana ada kak.. sapelah yang nak saya ni.. lainlah akak... tak lama lagi nak tinggalkan Furqan dah.. Akan bergelar isteri orang. Haih.... beruntung abang Faukhrul... dapat akak Furqan yang comel dan baik hati ni," seloroh Furqan selamba sengaja mengusik kakaknya. Dia tahu Aisya Humaira jika disebut mengenai tunangnya pasti akan terdiam terus wajahnya juga akan kelihatan merahnya. Seganlah tu! "Rmadhan kali ni entah kenapa Furqan rasa lebih tenang. Macam ada sesuatu lah kak... Mungkin sebab kakak Furqan ni nak langsungkan perkahwinan kowt lepasnya..." Furqan masih tidak puas mengusik.

                 "Pandailah kamu ni!" balas Aisya Humaira disertai satu cubitan di lengan Furqan. Pemuda itu mengaduh sebelum ketawa sendirian.

                "Sunyilah Furqan lepas ni.....kak.....???" Furqab tidak sempat menghabiskan kata-katanya saat melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang memakai pemberiannya. Pandangannya seakan sudah tidak dapat dilarikan lagi. Sungguh indah....subahanallah.......... Aisya Humaira melirit ke arah pandangan adiknya juga tersenyum kecil... alhamdulillah....

Ketenangan di sebuah kedai makan pilihan Aisya Humaira menampilkan ketenangan bagi setiap pengunjungnya. Kedai makan itu berlainan dari yang pernah ditemuinya. Kedai ini mempunyai beberapa ruangan yang ditetapkan namun pelanggan masih bebas memilih. ruangan yang disediakan adalah ruangan wanita yang ditempatkan di sebelah kanan kedai dikhaskan buat muslimah dipisahkan dengan pemisah yang berukir indah. selebihnya adalah kawasan keluarga dimana pelanggan bebas untuk bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan. Oleh kerana Furqan ikut bersama maka mereka memilih kawasan keluarga.

                "Alhamdulillah, akak syukur sangat Liliyan membuat keputusan yang tepat. Tapi kemana Liliyan dah lama tak jenguk kami? cuti kawin ke?" Ujar Aisya Humaira sekadar bercanda. Liliyan yang mendengarkan kata-kata Aisya itu menunduk malu. Furqan mengerutkan dahi. Entah mengapa hatinya terusik saat kakaknya menyatakan Liliyan sudah bernikah.. Astaghfirullah, kalau benar pun bukan urusannya! tingkah hati Furqan.

                "Tidaklah kak. Saya dah lama tak datang sebab selepas menamatkan pengajian saya ambil masa memperlajari ilmu agama di sebuah kolej swata. Agak sibuk sikit. Lagipun kolej tu lokasinye kat luar kawasan Malaysia. So... agak jauh kalau nak ulang alik ke sini," jelas Liliyan yang kelihatan manis bertudung.

                "Kenapa jauh sangat?" Furqan memberanikan diri bertanya. Liliyan yang sedikit terkejut mengangkat wajahnya seketika mata mereka bertembung sebelum kedua-kuanya menundukkan wajah.

                 "Ayah terpaksa menetap sementara di tempat tu atas urusan kerja. Jadi Liliyan ikut sama. Jadi rasanya dari dibuang masa sahaja baiklah belajar apa yang perlu..." Balas Liliyan malu. Furqan hanya mengangguk mendengar penjelasan gadis itu. Aisya Humaira menahan tawanya melihat kedua-dua mereka.

                  "Legalah orang tu dengar Liliyan belum kepunyaan sesiapa lagi,"

                  "Akak!" Bentak Furqan segan dengan talahan kakaknya.

                  "Tapi... saya hanya akan menyerahlan hati saya buat insan yang menjadi inspirasi saya," ujaran Liliyan membuat Furqan terdiam. Sudah berpunya hatinya......

                  "Siapa orangnya?" Tanya Aisya Humaira. Namun jawpan dari Liliyan hanya satu gelenggan.

Sudah seminggu Liliyan kerap sahaja ke kedai itu adakala hanya atas tujuan berbual dengan Aisya sambil mempelajari cara menggubah bunga. Furqan juga dilihat senang dengan kehadirannya sudah dapat berkongsi pendapat dengannya. Masih teringang kata-kata Furqan mengenai hijjab.

                   "Kalau ana ada dua gula-gula satu ana masih kekalkan bungkusannya dans atu lagi ana buka dan keluarkan isinya. Lalu kedua-duanya ana buangkan ke tanah. Yang masa satu akan Liliyan kutip untuk makan?" soal Furqan bersama senyuman tipis.

                   "Yang berbungkus," jawab Liliyan jujur.

                   "Kenapa?" soal Furqan kembali.

                   "Sebab yang tak berbalut tu dah kotor," balas Liliyan semula.

                   "Itulah bezanya muslimah yang menutup auratnya dan tidak menutup aurat.. Wallahualam," ujar Furqan. Liliyan tertunduk malu. Mengenangkan kejahilannya suatu masa dahulu. dia sangat malu.. Malu pada dirinya, malu pada sahabat-sahabat, dan yang paling penting dia malu pada Allah. "Namun Allah itu Maha Pengampun..." Furqan tahu apa yang melanda fikiran Liliyan mengambil sehelai kertas lalu dicatatkan sesuatu diatasnya sebelum diserahkan kepada Liliyan. Hatinya nekad. Kemudian dibawa tubuhnya berlalu pergi dari situ.

Maaf, mungkin telahan ini sudah terlambat kerana hatimu mungkin sudah berpunya... Wallahualam... namun demi Allah aku menyintaimu....


Tulisan itu diperhatikan teliti. Lalu tanganya pantas mengeluarkan kad yang diterimanya bersama jubah yang dipakainya. diletakkan bergandingan lalu dibezakan.. Ya Allah! orang yang selama ini aku cari sebenarnya ada disisiku...

                "Furqan!" Furqan menghentikan langkahannya. Kelihatan kelibat Liliyan sedang berlari kecil kearahnya. Hatinya berdebar. Adakah gadis itu marah akan pengakuannya? Liliyan yang menghadap Furqan menyerahkan kad dan tulisan yang baru sahaja diberikan pemuda itu. Furqan melihat tenang. Ya, itu kad yang diberikan bersama jubah.

                "Kamu yang berikan saya kad ini bersama jubah ini kan?" Soal Liliyan tegas. Furqan terdiam sejenak sebelum mengangguk kecil. Liliyan tersenyum girang. hatinya sangat gembira.. Alhamdulillah! "Jadi kamulah orang yang memberikan inspirasi kepada saya...." sambung Liliyan lagi. Furqan sudah mengerti.. tubuhnya dijarakkan sedikit dari gadis itu. Ada senyuman tercalit diwajah tenangnya.

                "Wahai Nur Liliyan Ameliya binti Lutfi.....sudikah saudari menjadi isteri ana yang sah?" Liliyan terkaku. Pandangannya berkaca. Hanya tuhan yang tahu kebahagiaannya saat itu. Tiada kata yang mampu dilafazkan. Hatinya sahaja yang tidak putus-putus mengucap syukur...Ya Rabb.... Rahmatilah kami...Satu senyuman diliritkan bersama satu anggukan tanda persetujuan.. Furqan mengucap syukur....

**********************************************************

DARI kejauhan General Iman memerhati bersama senyuman sambil bibirnya masih segar dengan zikrullah. Ternyata Nur Allah itu hanya diberikan Allah kepada insan yang benar-benar meletakkan Allah dihadapan.. Malaikat dikiri dan kanan.. Dan matlamat Islam di sekelilingnya...... Liliyan.. taman hatinya sudah kelihatan bunga-bunga yang berkembang indah... semakin harum.... Alhamdulillah... Aku, wahai Liliyan akan menjagamu... selagi kau mempercayaiku dan Tuhan yang menciptamu...... Illahi Rabbi subahanallah....



~TAMAT~