CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 17 November 2011

wahai mujahid kecilku......

…Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…



Terasa sejuk desiran angin memecah kehangatan malam yang terbejat dikota metropolitan itu. Suasana suram malam yang keindahan langitnya sudah dikaburi cahaya lampu neon yang beraneka warna tidak lagi kelihatan bintang-bintang yang menaburi langit malam mengelilingi semesta. Terasa malam di kota itu sangat kaku biarpun diiringi kebisingan anak-anak muda menjengahkan keasyikan mengikut rentak keras irama yang beraneka macam ada rap ,pop rock, jazz dan entah apa lagi rentak yang berkumandang. MasyaAllah.. Maisarah menghela nafasnya dalam sebelum menghembuskannya di udara seraya menjalankan proses pernafasan yang semua insan wajib jalani. Antara jalanan kehidupan seperti juga hidupnya seorang muslim iaitu berjuang di jalanNya. Perjuangan dan muslim itu ibarat udara dan paru-paru, tanpa udara paru-paru kesesakan tanpa paru-paru udara diciptakan sia-sia. Subahanallah, ciptaanNya penuh hikmah. 

                Maisarah kakak kepada tiga orang peria yang semakin meningkat remaja namun punya ciri-ciri tersendiri. Setiap yang berlaku punya hikmah disebaliknya dan hanya Dia yang lebih mengetahui hikmah penciptaan setiap hamba. Wallahualam.. Muhammad Hashim Hamzah merupakan adik yang dua tahun lebih muda darinya. Tidak banyak perbezaan tahun tapi sudah cukup membuatkan jejaka itu dikaguminya. Subahanallah. Anak itu banyak membawa perubahan bukan sahaja pada ibu dan ayahnya yang sebelum ini agak kurang mengambil berat dalam beribadah tapi juga dirinya yang sebelum ini pernah tersimpang jauh. Astaghfirullah halazim…  

                Mengimbau kembali kisah hidupnya sebelum kepulangan Hashim bagaikan seorang mujahid  mengenangkan dirinya yang tidak dapat mengikuti Rasul Allah s.a.w ke medan pertempuran. Kesedihan itu hanya Dia yang Maha Mengerti. Namun tiap-tipa hati saudari muslimah yang Allah salutkan dengan perasaan  al-haya fitrah kejadian wanita dan kelembutan sesungguhnya masih ada keinginan menjadi muslimah dalam diri tiap-tiap hati mereka. 


Petang yang tenang itu rasa terisi dengan kehadiran sahabat-sahabat seperjuangan bukan sahaja dalam menimba ilmu pengetahuan tapi juga sahabat sepermainan. Bersenda gurau bersama menjadikan jiwanya seceria mentari yang semakin melabuhkan sinar. Tidak menyedari masa yang berlalu pergi Maisarah terus leka dalam perbualan yang melalaikan. Tiada yang mampu diambil ikhtibar tiada juga yang mampu menambahkan pengetahuan dalam perbualannya hanya kisah mengenai cinta sipolan dan sipolan. Penceritaan yang sangat menjengah khayalannya untuk turut sama merasakan keindahan yang digembar-gemburkan sebagai syurga remaja. Wallahualam. 

                Cinta itu fitrah manusia diciptakan perasaan itu suci didalam syurga kepada Adam yang didedikasikan buat Hawa isterinya yang dicintai. Subahanallah. Membuktikan cinta itu adalah sangat suci dan Allah tidak pernah menafikan cinta antara manusia, sebuah hadis menyatakan :


“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,    maka dia adalah seorang yang syahid.” 
(riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)


Demi Dia yang menciptakan malam yang tenang dan pagi yang diselubungi kesegaran. Allah itu tidak pernah berlaku kejam terhadap hambaNya. Dia yang Maha Menciptakan mengetahui setiap yang nyata dan tersembunyi. Setiap penciptaan itu punya hikmah disebaliknya. Namun persoalannya adalah bagaimana kita melayan cinta? Maisarah terkaku sendiri saat persoalan itu terhambur dari bibir seorang anak muda yang sebelum ini digelar olehnya mat bunga. Gelaran itu adalah kerana Hashim sangat lembut dalam pertuturan dan sangat jarang menampilkan reaksi selain ketenangan. Blagak cool je! Bajet macho ar tu! Itulah kata-kata yang bukan dia sahaja yang menyebutnya tetapi juga rakan-rakan Hashim. Namun anak itu, entahlah tidak punya perasaan atau apa, anak itu tidak pernah membalas dengan kekerasan melainkan seulas senyuman yang sangat menawan. Namun disebaliknya dia menyatakan pegangannya. Ia itu bersederhana… MasyaAllah… al-Hassan al-Basri berkata:



 “ Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.”
(riwayat al-Baihaqi)

              
                 “Assalamualaikum, kak Mai kenapa termenung sorang-sorang kat luar ni?” Kedengaran lembut suara mengalunkan kalimah sejahtera yang memdamaikan jiwa. Punya kuasa tersendiri yang tersembunyi hanya mampu dirungkai mereka yang berfikir. Subahanallah.. 

                “Waalaikumsalam, sayang. Hashim dari mana ni?” Jawabku usai membalas kalimah sejahtera pemberiannya. Wajah itu tersenyum tenang. Ah senyuman itulah yang banyak memikat hati anak-anak gadis yang mendambakannya namun Hashim bukan sebarangan pemuda yang mudah terpikat dengan hanya kecantikan luaran semata mahupun al-kisah keindahan cinta dunia. Jejaka itu punya rencananya sendiri. Dia pernah menyatakan. Sebuah hadis, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa RasulAllah s.a.w. bersabda:


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.”
(riwayat Muslim)

             
   “Alhamdulillah baru je balik dari kelas pagi bersama ustaz tadi. Baik penyampaian ceramahnya. Banyak yang Hisham dapat,” ujar anak itu keriangan. 

                “Alhamdulillah, sayangnya kak Mai tak dapat ikut,” ujar Maisarah sedikit kecewa. Andai sahaja dia terpilih bersama-sama dalam majlis ilmu itu pasti pengetahuannya bertambah. Allah lebih tahu apa yang lebih baik dari itu. 

                “Maaflah tak boleh nak bawak akak sekali, ada masalah pengangkutan tadi,” ujar Hisham dengan wajah yang sedikit mendung. Maisarah tersenyum manis melihat keletah anak muda yang sangat menggamit jiwanya. Ya Rahman kekalkanlah adikku yang tersayang ini dibawah redhaMu ya Rahim bergitu juga adik-adikku yang lain. Doa Maisarah sendiri. 

                “Tak pelah, kan akak ade ustaz akak yang sorang ni,” Maisarah bingkas lalu merangkul lembut bahu Hisham seraya memujuknya. “Hisham boleh kongsi kat akak ape yang Hisham dapat hari ni. Allah nak bagi pahala lebih kowt kat adik akak ni. Kalau akak pergi sekali, tak dapatlah Hisham cerita kat akak ape Hisham belajar hari ni. Nah, hebatkan perancangan Allah?” Hisham yang tadinya kelihatan mendung lantas berubah dengan senyuman manis. Subahanallah.. 

************************************************************
Hari itu masih tidak lekang dari fikiran Maisarah. Jiwanya semakin keresahan memikirkan pakaiannya yang sedikit tidak menyenangkan hatinya sendiri. Namum pakaian itu adalah yang dibelikan oleh Dani untuknya sempena hari kelahiran jejaka itu. Pakaian itu diminta oleh Dani agar Maisarah memakainya pada hari itu sebagai permintaan hari lahir sewaktu keluar bersamanya.  Maisarah semakin resah dengan beberapa mata liar yang senang-senang sahaja meratah tubuhnya yang terbuka. Ada bunyi-bunyi siulan yang bergema membuatkan dia bertambah gundah. Mana manusia ni! Pandangannya meliar mencari kelibat Dani.

                “Hai, baby,” kedengaran suara riang menyapa dari belakang membuatkan Maisarah sedikit terkejut namun berjaya dikawal. “Wow, you look great! Sexy!” tanpa dipinta Dani dengan senang hatinya menuturkan kata-kata manis. Namun entah mengapa hanya mampu memadamkan sedikit sahaja kegundahan yang melanda jiwanya. Dengan tenang Dani merapatinya atas tujuan apa dia sendiri tidak tahu. Satu sentuhan dibahu membuatkan dia semakin tidak selesa dengan perlakuan pemuda itu namun hendak membantah takut dikatakan kolot. Biar jelah! 

                “Hai, so kite nak ke mana ni?” soal Masiarah sedikit kaget dengan perlakuan Dani yang tenang sahaja memimpin tangannya kemas. Terasa kehangatan yang menjalar semakin menyerap dihati dan dari situ segalanya…..Bermula…… 



Allah telah berfirman:
 ”Jangan kamu mendekati pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang tidak baik. ” (al-Isra:32)


*********************************************************************************
Suasana restoran indah disirami cahaya suram membuakkan suasana romantik sungguh menenyentuh kalbu. Dengan kehadiran Dani yang sangat pandai menyusun kata terasa kebahagiaan semakin menjalar ke setiap pelusuk hati. Sungguh mengasyikkan. Tidak terfikir lagi pakaian yang tidak menepati piawai Illahi, tidak terlafaz lagi selain cinta pada dia yang dihadapan mata. Pengharapan buat yang Hakiki terasa sementara suram tiada kedengaran dibuang sejenak ke dasar hati. Hanya Dani yang bermain di fikirannya kini, kata-kata lelaki itu menyambut angannya yang semakin melangit tinggi. Terbang ditiup harapan dan janji yang tidak pasti kenyataannya.  

                Pulang sahaja dari temu janji bersama si dia terasa fikirannya lapang terbang dengan angan-angan yang tidak nyata. Biarlah umur baru sahaja menginjak belasan tahun juga masih dibangku sekolah. Terasa tiada halangan buatnya melabuhkan cinta. Soal halal atau tidak bukan menjadi hirauannya. Perlahan-lahan Maisarah menguak pintu rumah sebelum memasukinya. Dia berjalan sedikit berjengket seakan-akan seorang pencuri yang sedang menjalankan kegiatannya. Hampir sahaja kakinya menyentuh tangga ke ruang atas menuju ke bilik, suasana menjadi terang-bederang. Maisarah terpempan. Wajah tenang Hisham menjengah pandangan. 

                “Astaghfirullah halazim.. Kak Mai?! Dari mana lewat malam macam ni? Dengan pakaian yang macam ni?! Ya Allah…” ujarnya sebelum menghela nafas lembut. Mungkin cuba menenangkan diri. 

                “Kau ape sibuk? Yang kau tak tidur lagi ni kenapa?! Kau pun sama je!” Bidas Maisarah tidak mahu dirinya sahaja dipersalahkan. Jaket hitam yang melindungi baju pemberian Dani ditarik-tarik menutupi ruangan yang terbuka dari pandangan Hisham. Terasa malu dilihat anak  yang baru sahaja menginjak usia 13 tahun itu. 

                “Kak, Hisham tak tidur lagi sebab siapkan kerja sekolah yang nak dihantar esok. Sambil tu sebelum tidur Hisham baca al-quran semuka dua. InsyaAllah tenang hati kalau tidur nanti,” ujar anak kecil itu lancar tanpa sedikit pon tersekat. Tidak seperti dirinya yang tergagap-gagap membalas sedang fikiran masih ligat mencari helah untuk lepas dari anak kecil yang pada tanggapannya sangat suka mengkritik. Semua tidak betul pada pandangan anak itu! Arghhh!! Penyebuk betullah dia ni! 

                “Ah, banyaklah alasan kau! Dah, aku penat esok sekolah,”Bentak Maisarah dengan suara yang sedikit meninggi sebelum melangkah laju menaiki tangga. Tinggallah Hisham sendiri. Anak  itu hanya memerhati Maisarah melalui ekor mata sebelum mata itu berkaca menahan tangisan yang hanya dia dan Ya Rabb yang mendengar. Sejurus itu Hisham membacakan surah Duha. Surah yang diturunkan kepada RasulAllah s.a.w saat baginda sedang binggung setelah diangkat menjadi rasul akhir zaman. Hatinya remuk. Bukan kerana dimarahi kakaknya yang tersayang tapi adalah kerana tidak dapat berkongsi rasa indahnya mengenali Islam itu dengan keluarga yang amat dicintainya. Anugerah Allah yang tidak ternilai. 

                “Abang Hisham?” Kedengaran satu suara kecil dari arah tangga. Suara Huzaimi adiknya yang empat tahun lebih muda darinya. Anak kecil itu kelihatan sedang memimpin tangan adik yang bongsu yang baru sahaja berusia dua tahun. Kelihatan ada kaca jernih di tubir mata mereka. Hisham yang menyedari pantas mengesat air matanya dengan belakang tangan.

                “Kenapa adik-adik abang ni tak tidur lagi? Buat apa malam-malam ni turun ke sini?” balas Hisham lembut sambil bergerak mendapatkan keduanya. Diusap juga dikucup lembut ubun-ubun adik-adiknya itu. Sungguh dia menyayangi mereka seadanya. 

                “Kenapa abang Hisham menangis?” Soal Huzaimi dengan suara comelnya. Hisham hanya tersenyum. 

                “Tak de apa-apa pun. Jomlah kita tidur ya? Dah lewat malam ni,” pujuk Hisham tidak mahu ada yang bertanya lebih lanjut tentang keadaannya. Bimbang akan terkeluar apa-apa perkataan buruk berkaitan kakaknya. Nauzubillah. 

                “Abang…Abang! Hakim nak dengar cerita pasal nabi Yusuf a.s. malam ni boleh tak?” Pinta anak kecil yang baru sahaja pandai berkata-kata walaupun sedikit pelat masih tuturannya dapat difahami. Alhamdulillah. Hisham tersenyum manis. 

                “Boleh je,” balasan Hisham menjengah keriangan kedua anak kecil itu menjerit riang sambil melompat-lompat. Pantas Hisham meredakan mereka. Kalau diketahui ibunya mereka semua masih tidak tidur lagi pasti dileteri pagi esoknya. Dia bukan tidak betah menerima leteran ibunya tapi dia tidak suka ibunya berleter kerna itu bakal menyakiti ibunya. Nauzubillah! 

*******************************************************************
Permulaan pagi terasa mengganggu tidurnya. Jam yang nyaring membingitkan suasana pagi dicapai pantas terus dimatikan. Tubuhnya yang separuh badan diselubungi selimut ditarik menutupi seluruh tubuh. Kepulangannya lewat malam tadi membuatkan rangka waktu tidurnya tidak sekata. Mimpi indahnya yang diganggu cuba disambung semula. Kisah cinta khayalan bersama Dani masih segar biarpun hanya dalam mimpi. Terasa satu keyakinan bahawa mimpi itu bakal menjadi nyata, terus melupakan apa itu halal dan haram dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mukhrim. Baru sahaja melabuhkan sauh dipelabuhan mimpi, kedengaran bingit ketukan pintu bilik. Maisarah meyumpah sendiri. Ketukan itu masih tidak reda.

                “Assalamualaikum, kak Mai! Dah subuh ni bangunlah. Solat!” kedengaran pula suara yang menghingarkan kamarnya mencantas segala kesunyian subuh yang baru sahaja menapak hampir  berlalu. Maisarah terasa dirinya ditempel amarah saat mendengar suara yang amat dikenalinya itu. Grrr!! Ape masalah makhluk yang sorang ni? Tak faham-faham ke orang ngantuk nak tidur?! Dibiarkan sahaja ketukan itu bertalu tanpa disahut. 

                Hisham masih tidak berputus asa mencuba. Ketukan itu masih tidak surut. Kedengaran pintu ibu dan ayahnya dikuak perlahan sebelum ayahnya keluar dengan wajah yang bengis. Hisham yang tidak menyedari kehadiran ayahnya terus menjalankan misinya. Azamnya semakin jitu untuk membantu keluarganya. Masakan aku hanya berdiam diri melihat mereka terus hilang ditampar arus dunia? Maka aku adalah orang yang kejam!

                “Hoi! Ape yang ko memekak pagi-pagi ni?!” Bentak ayahnya juga tidak berpuas hati dengan cara Hisham yang kadangkala mengganggu ketenangannya. Ada secebis penyesalan menurut kata ibunya menghantar Hisham ke sekolah pondok. Anak itu tampil berbeza dengan caranya sendiri mungkin kerana dibesarkan oleh neneknya Hisham ternyata berbeza dari anak mereka yang lain. 

                “Alhamdulillah, ayah dah bagun. Jom kita subuh sama-sama ayah!” ajak Hisham. Hatinya membentak rasa ketakutan yang seakan hampir sahaja mencabut tangkai jantungnya yang berdetak laju. Pantas sahaja dirinya menyuntik semangat kekuatan ‘tiada daya upayaku melainkan dengan bantuan Allah!’ 

                “Kalau kau nak solat ke ape ke buat jelah sendiri-sendiri! Yang kau nak kacau orang tidur pagi-pagi buta tu apa hal?! Kalau nak ajak pergi sekolah sekarang baru pukul berapa?!” Kemarahan Encik Rashid kedengaran semakin meningkat. Wajahnya merah menyala. Hisham masih dengan pendiriannya. 

                “Subuh sekarang dah awal, ayah. Sebaiknya solat diawal waktu,” bidas Hisham dengan senyuman yang tenang. Encik Rashid sudah tidak kuasa melayan. Anak itu kalau dibidas berkali-kali pun ada sahaja hujah yang bakal diketengahkannya. 

                “Kau ni, apa masalah kau sebenarnya? Apa yang kau nak kami buat? Susah sangat ke nak duduk diam-diam?” Encik Rashid terasa fikirannya serabut memikirkan anak itu yang sungguh sukar dibaca gerakannya. Ada sahaja yang ingin dicuba. Entah apa lagi yang hendak dilakukannya.

                “Hisham cuma nak ayah, ibu, kakak dan adik-adik solat sama-sama. Tak susah pun ayah hanya beberapa minit je. Lepas tu ayah nak sambung tidur sampai esok pun Hisham tak kesah. InsyaAllah, sebentar sahaja,” Rayu Hisham dengan harapan yang sangat tinggi. Puan Mashitah hanya mendiamkan diri dibelakang suaminya. Tidak mahu menyampuk kerana tidak berani dengan suaminya yang sangat panas baran. Risau dirinya disakiti. Namun jauh disudut hati dia amat tersentuh dengan tindakan Hisham. Dia sendiri sudah lama tidak solat dengan sempurna lima waktu sehari atas kelalaian diri sendiri dan suami yang tidak pernah membendung keadaan seperti itu. 

                Huzaimi dan Hakin yang sudah siap memakai baju melayu sudah teresak-esak menangis melihat Hisham dimarahi ayah mereka. Masing-masing menyembunyikan diri dibelakang Hisham bimbang diri mereka disakiti. Encik Rashid menghela nafas panjang sebelum perlahan-lahan menapak ke pintu bilik Maisarah dan mengetuknya bertalu-talu meminta anak itu keluar solat subuh bersama-sama. Lelaki itu sendiri tahu Hisham tidak akan berputus asa. Jika dibiarkan pasti anak itu akan membuat bising sepanjang pagi. Bergitulah situasi sehari-hari dan hari tu dia sudah tidak dapat menahan telinga mendengar ketukan pintu yang bertalu-talu itu sehingga ke pagi! 

                Hisham bersolat dengan air mata yang berlinangan. Diimamkan oleh ayahnya mereka buat pertama kalinya solat berjemaah bersama-sama. Terasa kesyukuran yang mengalir amat menyentuh jiwanya. Doanya dikabulkan hari itu dan akan menjadi hari yang paling mengembirakan. Alhamdulillah! 


Sabda Rasulullah SAW :
“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya.” 


************************************************************
Maisarah keletihan. Kantuknya terasa semakin sukar dikawal. Kepalanya yang tegak diawal waktu kelas bemula, semakin layu saat hampir ke penghujung. Aduh! Asal mengantuk sangat ni?! Bentaknya sendiri dalam hati. Pandangannya yang kabur terasa sangat menyesakkan.

                “Hoi, minah! Yang kau ni mengantuk sangat ni kenapa? Kau jaga anak ke semalam?!” Sergah Suriani yang bermulut sedikit celupar. Gadis itu sedikit bebas menggeluarkan pendapatnya. Tiada lapis dalam berkata-kata. Maisarah yang menerima tepukan dibahu terhinjut sedikit tubuhnya akibat tepukan tiba-tiba dari Suriani. 

                “Wei, kau ni datang tak reti-reti nak elok-elok. Buruk betul perangai!” Bidas Maisarah tidak puas hati. Jantungnya berdegub laju memacu akibat diperlakukan bergitu. Serta merta pandangannya segar. Namun tubuhnya masih terasa kepenatan. 

                “Kau apehal? Asal penat sangat aku tengok?” Soal Suriani sedikit prihatin dengan keadaan sahabatnya itu. Maisarah yang dikenalinya sangat aktif. Cuma sejak akhir-akhir ini selepas pengistiharah menjalinkan hubungan istimewa dengan Dani dia kelihatan semakin menyendiri. Kini gadis itu tampak kurang bergaul selain selalu kelihatan lesu. “Ape yang Dani dah buat kat kau?” sambung Suriani. Maisarah terkaku. Pandangan tajam diarahkan ke wajah Suriani yang diketahui sangat mencurigai Dani. Entah apa yang gadis itu tidak berkenan pada Dani yang dari matanya sangat sempurna. 

                “Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dani dah banyak bekorban untuk aku tau! Ni yang aku penat ni sebab adik lelaki aku boom bilik aku pagi-pagi buta! Aku nak tidur pun tak boleh!” Ujar Maisarah selamba. Sengaja diarahkan kesalahan kepada Hisham. Jika diikutkan sememnagnya Dani yang banyak mempengaruhi dirinya. Pertemuan mereka selepas sekolah setiap hari dan keluar hingga awal pagi pada hujung minggu kini semakin sebati menjadi rutinnya. 

                “Kenapa dia boom bilik kau?” soal Suriani seidkit kurang percaya. Dia mengenali adik yang dimaksudkan oleh Maisarah. Pastinya Hisham orang yang dimaksudkan. Namun pada pandangan Suriani, Hisham adalah seorang yang baik budi pekerti dan sangat menghormati kaum hawa juga sahabat handai. Jejaka itu juga sangat sukar kelihatan menampilkan walau sedikit riak kemarahan. 

                “Dia suruh kami satu family solat subuh berjemaah. Bapak aku pun dah malas nak layan  ikutkan aje. Bazir masa aku nak tidur!” Bentak Maisarah tidak puas hati. Hashim terus dipersalahkan. Jiwanya yang sudah ditampung angan bahana cinta tidak mampu lagi membezakan antara kaca dan permata. 

                “Ya Allah! Apa yang kau kata ni Maisarah?!” Kedengaran satu suara yang menyampuk dari belakang. Serentak Maisarah dan Suriani menoleh. Pandangan mereka tertumpu pada Zulaikha gadis ayu berkulit mulus dan bertudung labuh. Gadis itu seorang yang merendah diri namun amat tegas dengan pendiriannya dalam menegakkan al-Quran dan as-Sunnah. 

                “Kau ni, konon je muslimah. Bagi salam pun tak reti. Menyampuk tu baik ke?” bersahaja Maisarah menuturkan kata. Dia sudah tidak hirau mereka yang cuba menghalangnya. Diorang ni tak reti nak berenti ke? Kacau hidup orang je. 

                “MasyaAllah. Assalamualaikum. Saya cuma nak betulkan pendirian awak. Solat itu adalah wajib. Usaha adik awak nak kejut awak bagun pagi tu adalah sangat mulia. Masakan awak persalahkan dia kerana menyelamatkan kalian sekeluarga dari neraka jahanam?!” soalan Maisarah hanya dijawab dengan satu jelingan tajam. 

                “Cik Zulaikha. Awak dengan saya ade hidup masing-masing. So jangan jaga tepi kain orang boleh tak? Lagi satu mati nanti bukan saya tumpang kubur awak pun. Kubur masing-masing,” panas balasan dari Maisarah membuatkan Zulaikha tergamam. Namun ditabahkan juga hati demi ukhwah islamiah. Maisarah mungkin tidak sempurna namun dia tetap seorang muslimah yang pernah mengucapkan kalimah syahadah! 

                “Kalau kubur sama saya tak risau sangat cik Maisarah. Kita boleh berdebat sama-sama dengan Allah. Tapi masalah kubur tak sama saya sendiri tak boleh nak tolong awak dalam sana. Lagi satu, usaha adik awak kejut awak tu nak elakkan satu hari nanti awak tunding jari padanya di akhirat dan minta hak awak sebagai kakak,” bidas Zulaikha tenang. Wajahnya masih tiada sebarang riak kemarahan melainkan diakhiri dengan satu senyuman yang cuba menjernihkan keadaan. Namun Maisarah menafsirkan senyuman itu sebagai satu senyuman sinis yang sangat menggetar kesabarannya. 

                “Ah! Orang macam kau orang ni tak de lain menyusahkan hidup kami je!” Maisarah sudah mula bosan mengenangkan dirinya tidak mungkin akan menang berbahas dengan Zulaikha. Gadis itu punya hujah yang kukuh namun kenapa dirinya masih tidak dapat menerima hujah-hujah itu? 

***************************************************************
Sudah menjadi rutin hariannya selesai sahaja persekolahan, Maisarah akan mengikut Dani bersiar-siar sambil berceritakan segala yang berlaku padanya hari tu. Ternyata Dani sangat pandai mengambil hati terus sabar menjadi pendengar yang setia. Tidak sekalipun terdegar rungutan terlahir dari bibirnya. Disaluti sedikit informasi panas berkaitan gossip sekolah dan diteruskan dengan bayangan yang belum tentu nyata merancang hidup bersama suatu ketika nanti. Maisarah terasa bahagia bergitu. Masing-masing memasang angan tinggi melangit tanpa berpijak di bumi nyata.  

                “Kalau kite kawin nanti kan… sayang nak kite buat rumah besar untuk anak-anak kite semuanya,” angan Maisarah menjulang tinggi melangit. Dani di sisinya hanya tersenyum kecil sambil mengelus lembut rambut Maisarah yang sudah dilepaskan dari tudung putihnya. Dani lebih senang melihat Maisarah seumapama itu lebih ‘indah’ dipandang. 

                “Anything for you, sayang,” ujar Dani sekadar melayan angan Maisarah. 

Terus berlarutan menjangkau detik yang sangat lama. Hisham juga bukan seorang pejuang yang mudah berputus asa. Hanya melihat kakaknya diratah manusia yang tidak punya rasa malu. Bukan caranya membiarkan maruah seorang hawa tergadai pada adam yang tidak tahu menilainya! Hawa itu adalah syurga dunia buat suaminya kelak dari golongan adam. Hawa juga yang bakal mewariskan anak-anak buat sambungan warisan yang bakalan melata di dunia Allah ini. Demi Dia yang Maha Hidup, perjuangan harus diteruskan! Masih terngiang suara ustaznya membacakan 


surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud:  “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”


*******************************************************
Selesai sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudikinya dengan penuh usaha. Perasaannya berbaur dalam serba salah. Keputusannya bukan seperti yang dijangka. Namun sedikit kelegaan kerana masih ada empat A yang tersisa. Pandangannya melata mencari kelibat Dani yang sedari tadi tidak kelihatan dipandangan mata. Sekilas terpandang wajah Zulaikha yang ceria sedang menadah tangannya di tapak perhimpunan di suatu penjuru yang sedikit terpencil melafazkan kesyukuran. Gadis itu mendapat straight As dalam kesemua dua belas subjek yang diambil. Hebat! Namun hatinya yang walang kala itu tidak mampu memberi apa-apa tanggapan tentang gadis itu. 

                Langkahannya diajukan kearah padang sekolah. Satu-satunya tempat dia mampu bersendirian. Tiba sahaja disana kelihatan Dani sudah menanti kehadirannya. Lelaki itu kelihatan tersenyum manis. Maisarah terasa senyuman itu seakan satu pengubat yang sangat mujarab. Hatinya sudah kembali tenang. 

                “Abang buat apa kat sini?” Soal Maisarah dengan lembut. Pandangannya dipicingkan diwajah jernih Dani. Lelaki itu yang lebih tua setahun darinya sudahpun melanjutkan pelajaran di sebuah univerisiti berdekatan dalam bidang kejuruteraan. Dani, lelaki itu biarpun kelakuannya boleh dikategorikan nakal namun keputusannya boleh dianggap memuaskan dari dirinya. 

                “Abang rindu kat sayanglah. Since SPM start, sayang tak text abang pun. Mestilah rindu,”tenang sahaja Dani menyebutkan kata-kata. Tiada lagi rasa malu yang terbuku dibenaknya buat wanita itu. Biarpun Maisarah dilayan seakan seorang wanita yang benar-benar bakal melayari hidup bersamanya namun hatinya masih ragu-ragu akan kehadiran wanita itu dalam jiwanya. Benarkah dia jodohku? Persoalan yang timbul sedikit merunsingkan dirinya. Tambahan pula di tempat belajarnya ada dua tiga siswi yang cuba mendekatkan diri dengannya. Semuanya sehebat Maisarah malah lebih hebat lagi! Jiwanya dilanda getar yang dia sendiri tidak mengerti. Terasa kasihnya buat gadis itu semakin kehilangan teguh yang selama ini dipertahankan. 

                “Sorry , sayang nak exam so kena bagi tumpuan lebih. Tapi keputusannya tetap kurang membanggakan,” ujar Maisarah sambil mencebikkan bibir tanda kecewa. Dani hanya memandang tenang wajah gadis pujaannya itu. Hatinya masih menimbang-nimbang hubungan yang telah lama mereka bina. Adakah yang nyata atau sekadar permainan perasaan anak muda yang masih kekurangan akal? 

                “Tak pe,” ujar Dani lembut sambil menyentuh lembut tangan Maisarah tanda dirinya prihatin dengan kesedihan yang melanda gadis itu. Maisarah yang merasakan dirinya sangat dihargai pantas mendekati Dani lalu merangkul tubuh itu tanpa segan silu. Tidak dihiraukan mata yang mungkin memicing pandangan dari kejauhan, yang ada dihadapannya hanyalah Dani. 

********************************************
                Hisham berdiri di antara pepohon yang hampir dengan kawasan Maisarah dan Dani. Anak itu sebenarnya sering menjenguk keadaan Maisarah dari kejauhan. Memantau saudarinya itu dalam kesibukan manusia. Hari itu kehadirannya adalah untuk berada disisi kakaknya tersayang yang dicintainya. Namun ternyata kehadirannya tidak diperlukan. Lepih sakit hatinya melihat orang yang dia sayang sedang bermaksiat dengan lelaki yang bukan mahram. MasyaAllah! Dia tidak sanggup melihat pantas mengecam dalam hati dan berlalu pergi. 


Sabda baginda SAW (yang bermaksud):
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” 
(Hadis riwayat Muslim). 

**********************************************

Hari-hari yang berlalu membawa perubahan pada Dani yang semakin tidak keruan dengan dirinya. Selama ini kesabaran pada Dani sangat dikagumi seakan semakin terhakis dari paksi dirinya yang pernah dikenali sebelum ini. Jejaka itu sudah tidak seperti dahulu lagi. Perselisihan demi perselisihan menjadikan Maisarah ketandusan. Namun cintanya yang sangat kuat membisikkan kesabaran agar terus bersabar dan bertahan. Namun, kesabarannya punya batasan. Pertemuan degan Dani ditemu janji yang seterusnya sangat menyakitkan jiwa. Mereka sudah tidak semesra dulu dengan Dani yang hanya acuh tak acuh mendengar angan-angannya. Lelaki itu semakin sibuk berbalas sms dengan siapa dia sendiri tidak tahu. Apabila ditanyakan lelaki itu, dia menyatakan ia adalah urusan perniagaan. Takkan tak leh nak stop kejap kot! Bentak jiwanya yang tidak betah melihat pemuda itu mempermudahkan dirinya. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulallah s.a.w bersabda:
“cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi musuhnya. Dan bencilah musuhmu sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai,” (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah) 

                “Sayang, abang ni sibuk, nak kata macam mana?” itulah alasan yang sering diutarakan. Maisarah hanya terdiam saat ungkapan itu meniti bibir Dani. Berjalan tanpa bicara membiarkan kesunyian berada diantara mereka. Tiada lagi berpegangan tangan, atau tersenyum mesra. Yang kedengaran hanyalah bunyi deringan alarm sms yang diterima oleh Dani. 

                “Hey! Dani! Thougt you with Natasya?” tegur seorang lelaki yang entah dari mana datangnya. Dani terkaku. Wajahnya serta-merta pucat lesi memandang dengan serba salah ke wajah Maisarah yang juga terkaku di situ. 

                “Sorry to ask, who’s Natasya?” tenang sahaja Maisarah menuturkan persoalan. Jiwanya yang racau dikawal sehabisnya. Jika tidak mahu sahaja dia menetak Dani saat itu juga. 

                “Natasya….” Izat melihat wajah Dani yang memberi isyarat untuk berhelah. “Is his classmate. Diorang tengah dalam penyelidikan. Satu group,” blas Izat tenang. Sudah kebiasaannya mencipta helah. 

                “Owh! Darling!” Kedengaran nyaring suara seorang wanita indah dibaluti blouse hitam dan berskirt putih dipadankan dengan sepatu yang bewarna hitam dan ves putih. Sungguh menawan. Rambutnya yang dilepaskan separas bahu sungguh menarik hati. Seakan-akan sedang menyaksikan duta sunsilk dari luar negara. Gadis itu tanpa segan silu pantas sahaja merangkul Dani sebelum satu ciuman singgah dipipi lelaki itu. Maisarah tergamam. 

                “Sape dia ni?” Soal Natasya sambil memerhati Maisarah dari kepala ke kaki dan kembali semula ke kepala. “unupdated!” balasnya selamba. Maisarah yang dari tadi mengawal amarahnya hanya menyumpah dalam hati.  “Maid you ke?” Maisarah sudah hilang sabar mencetuskan satu pertelingkahan antara dia dan Natasya. Keadaan yang sangat menyerabutkan kepala membuatkan Dani sedikit berang cuba menampar wajah Maisarah namun berjaya ditegah seseorang yang sangat dikenali Maisarah. Hisham! Kelihatan dibelakangnya Huzaimi dan Hakim yang kedua-duanya sudah remaja. 

                “Memukul seorang wanita bukanlah sifat seorang lelaki,” ujar Hisham tenang namun suaranya tanpil tegas dengan segala yang dimaksudkannya. 

                “Yang kau sibuk-sibuk hal orang ni kenapa? Kau ni adik Maisarah kan? Kaulah Hisham, yang suka sangat jaga tepi kain orang. Buat huru hara dalam rumah setiap pagi. Terpekik terlolong konon nak tunjuk alim! Sekarang kau nak jadi jaguh kat sini pulak?!” Bentak Dani sudah hilang kewarasan. Huzaimi tidak tahan dengan kerenah mereka merendahkan Hashim menginjak setapak dengan penumbuk yang dikepal kemas. Hisham menahan.  

              
             "Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)


Hisham sempat menasihati Huzaimi. Pantas pemuda itu beristighfar lalu menapak kebelakang. Pandangannya yang tajam tadi direndahkan demi memadamkan kemarahan yang seakan membakar ke setipa sarafnya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya melihat saudara sendiri dihina! Sakitnya seperti kita yang ditikam dipenjuru hati. 

                “Kalau dengan terpekik dan terlolong boleh membangkitkan keluargaku untuk solat subuh bersama-sama lalu diselamatkan dari api neraka yang menyala-nyala maka akau sanggup bergitu sehingga aku mati!” Hisham dapat merasakan ada kemarahan yang mengetuk pintu jiwanya pantas dipadamkan dengan istighfar yang berpanjangan. Demi Dia yang mencipta hati, bantulah hati ini untuk terus kuat mempertahankan kalimahMu! 

                Dani kehilangan kata, entah mengapa terasa lidahnya kelu. Mulutnya bagai dikunci pernyataan Hisham biarpun bagi dirinya sudah banyak kali kata-kata seperti itu dibidas. Tapi kali ini dia kaku. Pandangannya memandang wajah tenang milik Hisham. Budak hingusan ni! Seketika dia mendapat buah fikiran.

                “Terpekik terlolong lah kau sampai mati macam anjing yang menyalak bukit!” Panas balasan itu sepanas wajahnya yang menerima tamparan hebat dari Maisarah. Dani terpaling dari wajah Hisham menahan singgahan tamparan Maisarah yang singgah diwajahnya. Pedih! 

                “Hamba Allah yang kau kata anjing ini sekurang-kurangnya tahu erti menghormati dan menghargai,” Bidas Maisarah bersama air mata yang sudah mengalir laju dari pipinya. Dani terkedu. Bibirnya terasa pedih dikesat dengan tangan. Ada luka kecil mungkin disebabkan tamparan Maisarah. “Jom, adik-adik. Kita balik,” ujar Maisarah sejurus merangkul tangan Huzaimi dan Hakim. 


Aisyah meriyawatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya, kemudian beliau berpaling dan mengatakan: ”Hai Asma’! Sesungguhnya seseorang perempuan apabila sudah datang haidh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini – sambil menunjukkan muka dan tapak tangan. ”(Riwayat Abu Daud)
Hisham sempat menuturkan kata-kata terakhir yang ditujukan khas buat Natasya yang sangat diyakininya adalah beragama Islam. Tidak berniat menyakiti melainkan berharap tinggalah sedikit kesan walaupun sedikit dihati gadis itu. Wallahualam. 


*********************************************
Proton Perdana V6 yang meluncir laju merentas lebuh raya seketika sunyi masih menanti seseorang memulakan bicara. Sedang sunyi melewati suasana kedengaran suara Maisarah melafazkan dua kalimah syahadah menggamit pandangan adik-adiknya yang lain kecuali Hisham yang masih menumpukan perhatian kepada pemanduannya. 

                “Maafkan akak, Hisham. Selama ni kakak tak nampak kamu yang selalu bantu akak, jagakan adik-adik….. Kak……. Kak Mai bukan kakak yang baik…..Maafkan kak Mai, Hisham… Maafkan Kak Mai,” ujar Maisarah dengan suara yang tersekat-sekat. Tangisannya semakin laju tidak dapat menahan rasa bersalah yang selama ini dibiarkan menyepi tidak dilayan. 

                “Hisham tak kesah kalau kak Mai tak nampak Hisham kak. Tapi Hisham tak mahu akak lupa pada Dia yang selama ni sentiasa bersama akak. Hisham adik akak ini tak sanggup nak tengok akak terus menerus dalam maksiat. Inikan pula Dia yang Maha Mengetahui yang nyata juga yang tersembunyi di sudut hati akak yang paling dalam,” ujar Hisham meluahkan rasa hati yang sudah lama disimpan sendirian. 

***********************************************************
                “Akak? Kenapa suka sangat termenung ni? Rindu kat sape?” usikan Huzaimi terasa bergetar diruang telinganya. “Rindu….. Abang Safuan kah?” balasnya lagi. Maisarah terdiam. Perkataan yang baru sahaja ingin digunakan untuk membidas terus mati saat terungkap sahaja nama pemuda yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi. Huzaimi terus tertawa kecil melihat Maisarah yang sudah malu-malu sendirian. 

                “Tak Baik, Abang Mi ni. Tengok dah merah padam muka kak Mai tahan malu.” Sampuk Hakim disusuli ketawa kecil. Maisarah semakin tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Tiada jalan keluar! Argh aku diserang!

                “Mana Hisham?” soal Maisarah cuba mengalihkan tajuk perbualan yang semakin tertumpu kepadanya..

                “oooo… nak tukar topic ye?” balas Huzaimi sambil tersenyum nakal. Maisarah membuntangkan mata geram dengan Huzaimi yang cukup suka mengusik. Anak itu ketawa riang. “Ade kat depan tu tengah borak-borak dengan bakal abang ipar,” sambung Huzaimi. 

********************************************************
Maisarah memicingkan pandangan dari balkoni kamarnya. Kelihatan kelibat Safuan sedang sibuk melayan tetamu. Lelaki itu yang baru sahaja sah menjadi suaminya amat memikat jiwanya. Akhlak pemuda itu yang mengamalkan sunnah, wajahnya yang tenang dan menenangkan juga agamanya yang diyakini mampu menampung bahtera kehidupannya di dunia juga diakhirat. Sedang leka memerhatikan Safuan kelihatan pula Hisham tampil bersahaja namun seakan-akan mengelakkan sesuatu. Ditajamkan lagi pandangannya melihat pandangan anak muda yang sedari tadi tertoleh-toleh sebelum berjalan tanpa arah tuju. Maisarah pantas menggapai telefonnya lanta nombor Hisham didail. 

                “Assalamualaikum, kak Mai,” ada suara kecil menyambut di talian.

                “Waalaikumsalam. Akak nampak adik akak ni lari macam kena kejar hantu kenapa?” Soal Maisarah sebelum ketawa kecil. Hisham terasa getar jantungnya memecut. Ah! Kak Mai dah tahu ke?! 

                “Ainul Mardiah itu tak makan orang, sayang. Kalau Hisham suka nanti akak tolong tanyakan,” ujar Maisarah tenang. Dia tahu dari siapa adiknya melarikan diri. Dia nampak di mana mata adiknya memandang. 

                “Apelah akak ni, malulah Hisham!” bidas Hisham. 



Nabi SAW menyatakan : ” Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ”
( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir)


Hisham yang mendengar tuturan Maisarah tersenyum sendiri. Sungguh Maisarah sudah berubah. Alhamdulillah usahanya tidak sia-sia. 

“Ikut akaklah…. Hisham…. Okay je,” Hisham tidak tahu apa yang harus dibalasnya. Senyuman itu masih tidak lekakng dari bibirnya. Maisarah yang berada dibalkoni juga terseyum girang. Semoga kau berbahagia wahai mujahid kecilku, wahai permata keluarga. Adikku sayang….




Thursday 8 September 2011

Antara Jihad Sang Cahaya...

...Dengan nama Allah Yamh Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...






Pengutus cahaya membawa suram utusan dari sang peninjau cahaya. Kelihatan debu kesuraman pada perisainya mungkin akibat merentas ribut pasir hitam diluar pangkalan gelung cahaya... wallahualam.. pergerakan anak muda itu kelihatan lemah seakan seorang tua yang tidak bermaya. Lama sebelum tiba di pekarangan perbincangan. Sahabat yang menyedari kehadirannya membantu tidak tertahan melihat sang perutus yang sudah semakin dicengkam racun gelap... Masyaallah... simpati tumpah buat saudara mereka itu.. Kelihatan general Iman tenang mengira tasbih yang tergenggam erat ditangannya. Bibirnya tidak putus melagukan zikrullah dengan suaranya yang lunak. Tidak menyedari kedatangan perutusan cahaya leka dalam khusyuk.. subahanallah.. terasa tidak sanggup untuk menganggu saat pemuda itu bersama Rabbnya namun terpaksa demi jasad yang diutus ke dunia.

             "Assalamualaikum....... Wahai...... Iman," ucap perutusan itu terputus-putus. Terasa dirinya semakin lemah.. Astaghfirullah hal azim... Iman yang menangkap sahaja kalimah sejahtera itu terbejat kiraan tasbihnya membuka kelopak matanya memeperlihatkan pasangan matanya yang jernih.

              "Waalaikumsalam, yang perutus cahaya... apa dapatanmu?" solanya tenang masih diduduknya tidak berganjak. fikirannya dipusatkan kepada segala kemungkinan yang tidak menyenangkan. "Adakah apa-apa pertolongan dari jasad terutus?" sambungnya lagi setelah seketika sunyi menyinggah.

               "Tiada wahai Iman.... dia sudah semakin melupakan Rabbul Izzati.... bagaimana ya Iman? aku tidak mahu menjadi seperti yang lain... tanpa rela berpihak pada kegelapan... aku tidak mahu... Aku menyintai  cahaya dan tamannya kawasan tinggal ku.... astaghfirullah...." Kedengaran tangisan perutus cahaya melingkari kawasan perbincangan.. Saudara-saudara yang lain turut bersedih memikirkan diri mereka sendiri.. Ya Allah.....

              Iman hanya berdiam... dia sendiri juga sudah dapat merasakan racun kegelapan menyelinap dalam dirinya namun tidak dihebahkan buat saudara yang lain. Mereka berpaling tanpa rela hanya kerana sang jasad terutus semakin melupakan sang Pencipta. Dia ingin cuba menghalang saat diri itu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepadaNya namun dia tidak betah melawan kehendak jasad yang lebih mengangungkan hawa nafsunya. masih teringang hilai tawan syaitan laknatullah malihat kejatuhannya. Dalam gamat peperangan dia yakin sang jasad masih punya keyakinan, jika tidak pasti mereka yang masih tinggal dan taman-taman cahaya sudah hancur luluh. subahanallah..

               "Dia masih punya kita... dia masih beriman padaNya dalam sudut jajahan hati yang paling dalam.. biar kesayupan.. ada yang masih tidak terusik... Aku yakin kita masih mampu menang. Sang jasad masih ada kepercayaan. Jajahan kita masih luas biar kelihatan racun kegelapan sudah semakin menyelinap dan banyak kawasan kita sudah menjadi jajahan mereka. Kita masih mampu menang... InsyaAllah..." tutur general Iman bersemnagat dalam harapan. kedengaran suara yang lain bertakbir memuji kebesaran Allah mendengar ucapan general Iman. segala kesuraman perisai sang cahaya bersinar semula.. 'sang jasad sedang memuji Ya Rahman' bisik Iman.

**********************************************************

"SUBAHANALLAH! cantik bunga ni," ucap Liliyan girang memerhati kalungan bunga yang dipamerkan di sebuah kedai bunga dilandasan kakinya melangkah. Dia yang sedang bersama Fekri sedang asyik berpegang tangan meluangkan masa bersama di pekarangan Plaza Shah Alam terhenti seketika. wajah lelaki itu tersenyum manis melihat keindahan senyuman Liliyan. Gadis itu sungguh menawan. Wajahnya yang mulus, cerah dan gebu sedikit mencuit kegagahan imannya. Tangan gadis itu dipegang lebih erat.

               "You nak ke? I belikan nak?" Soal Fekri. Liliyan hanya mengeleng bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Belum sempat mereka beralih kelihatan seorang gadis indah berjubah merah jambu lembut dikenakan dengan tudung labuh putih. Liliyan terkaku, diperhatikan gadis manis itu dari atas hingga ke bawah. Sudah berlengan panjang lengannya tetap juga disarung sarung lengan putih sepadan dengan tudungnya.

                "Assalamualaikum, ada yang berkenan dihati ke cik? hari ini kami ade tawaran," ujar gadis itu penuh hemah. Liliyan terasa suara gadis itu seakan deruan gemersik menyentuh telinganya. Merdu sungguh suaranya. "Cik?" soal gadis itu saat melihat Liliyan tidak lekakng memandangnya. Wallahualam sebabnya.

                 "Owh, sorry.. em... i'll take this....thanks," pantas sahaja ayat itu menyusul bibirnya mengundang kehairanan pada Fekri namun dilayankan sahaja. Keputusan Liliyan baginya adalah keputusannya juga. She's the boss.

                 "Alhamdulillah... sebentar ye cik, saya bungkuskan... pembayaran, cik boleh ikut saya," tutur gadis itu riang bersama senyuman yang menguntum. Liliyan terasa seakan kakinya dipacak kebumi. Siapa gadis ini? Sedang hatinya juga bergetar merasakan sesuatu.... Allah......

**********************************************************

KIRAAN tasbih General Iman sekali lagi terbejat. Pandangannya yang dikatup rapat mencari khusyuk dibuka perlahan-lahan. Sahabat-sahabat juga terkejut dengan perlakuan General Iman. Masing-masing bangkit dari duduk. Pemuda itu jika alunan zikrullahnya terhenti sudah pasti ada yang sudah berlaku kemungkinannya antara baikdan buru hanya Allah yang Maha Mengetahui. Iman tersenyum tenang sebelum pandangannya diarahkan ke pintu kamar perbincangan.

                   "Ucapkan selamat pulang pada saudaramu....ya sahabat-sahabatku..." Masing- masing memandang dengan riak kehairanan ke arah pintu masuk kamar perbincangan. Beberapa saat kemudiannya kelihatan pintu dikuak perlahan... Allah huakhbar!! Taman-taman cahaya sekali lagi bercahaya dengan gamat takbir para penghuni cahaya.. General Iman hanya tersenyum. 'Syukran Ya Khaliq..' Sang jasad sudah terusik hatinya mencariMu.

Liliyan tidak tahu apa yang dilakukannya. Dia hanya mengikut gerak hati. Gadis tadi ditanya namanya, Aisya Humaira.. Indah nama itu seindah tuannya. Tapi apa yang membuatkan gadis itu sangat indah dipandang? Dia tidak mengenakan pakaian berjenama sepertinya. Tidak juga perlu mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya untuk kelihatan menarik. Seketika diteliti tubuhnya yang hanya berskirt pendek dan berbaju t-shirt berlengan pendek. Perlukah dia bergitu untuk nampak cantik? apa itu cantik? hatinya berbelah bahagi. General Iman tersenyum dari kejauhan melihat Liliyan. Alhamdulillah.. Teruskan wahai jasad. Aku sudah dapat merasakan keinginan hatimu.

**********************************************************

FURQAN pantas mengatur langkahnya semakin tidak sabar menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada kakaknya. Alhamdulillah! Doanya sudah dimakbulkan! Subahanallah! Semakin mendekati kedai bunga kepunyaan kakaknya diperlahankan hayunan kakinya.. Pandangannya terkaku melihat seorang gadis yang seakan dikenalinya. Siapa dia? kenapa seakan pernah kulihat wajahnya? Kakinya terbejat seakan diikat kukuh dilantai. Lama dia menatap hatinya memberi amaran. Astaghfirullah.. Pandangannya ditundukkan sehingga yakin gadis itu sudah berlalu.

                    "Assalamualaikum," ujar Furqan memasuki kedai bunga kepunyaan kakaknya Aisya Humaira. Gadis itu tersenyum manis melihat adik lelakinya. Anak itu sungguh santun selain peribadinya yang sangat menyejukkan hati. Alhamdulillah.

                    "Waalaikumsalam, awal Furqan balik. Ade apa-apa yang menarik ke?" Aisya seakan sudah dapat membaca hati adiknya. Dia sendiri sedia maklum hari itu adalah hari di mana keputusan peperiksaan dikeluarkan. Namun senyumannya sedikit kendur melihat wajah adiknya yang bertukar kerut. "Kenapa, Fur? Furqan tak apa-apa ke?" soal Aisya sedikit risau.

                    "Alhamdulillah, kak. Furqan tak apa-apa. Tapi siapa gadis yang datang beli sekalung bunga tadi?" soal Furqan tenang biar dihatinya penuh persoalan.

                    "Namanya Liliyan. Kenapa?" Aisya tersenyum seketika. "kamu dah jatuh hati dengan dia ke?" Soal Aisya saat tidak mendengar balasan dari Furqan.

                    "Wallahualam, kak.. Furqan..... ah, lupakan je... Ni, keputusan peperiksaan. jangan lupa janji kakak! Furqan tuntut!" Ujar Furqan sebelun ketawa kecil. Aisya hanya tersenyum gembira.

KEHENINGAN malam menjamah ketenangan hatinya. Namun hari itu ketenangannya sedikit terganggu oleh wajah indah kepunyaan gadis yang hanya diketahui namanya. Liliyan... nama syurga... Subahanallah... Furqan terbayang seketika saat dia pertama kali melihat Liliyan... Astaghfirullah! tapi... siapa gadis itu? kenapa aku seakan pernah menemuinya sebelum ini? cuma... keadaan dirinya sahaja yang berbeza. Ada yang berlainan dari yang pernah tertancap di fikirannya. Tapi apa?

**********************************************************

KEPUTUSAN peperiksaannya yang kelihatan semakin merosot membimbangkan Encik Yusuf. Penampilah gadis itu juga sudah semakin menyakitkan mata. Masakan tidak, hampir semuanya hendak didedahkan. Jika dimarah ada sahaja alasannya juga dibantu ibunya. Dia sendiri sudah buntu untuk menasihati keluarganya. Solat tidak mahu, menutup aurat tidak endah. Isterinya juga hanya mementingkan harta semata. Dia sudah lama tidak berminat dengan cara Fekri, teman lelaki anaknya itu. Seharusnya sebagai lelaki Fekri menasihati Liliyan namun keadaan sebaliknya pula berlaku. Allah! Bagaimana lagi harus aku lakukan?

                 "Liliyan, ayah dah cakap banyak kali jangan keluar lagi dengan si Fekri tu! Dia tu bukan budak baik, tengok keputusan kamu pown dah semakin merosot dari dulu. Pemakaian kamu?! Kamu ni muslimah Liliyan. Malu sikit orang pandang aurat kamu tu!" Encik yusuf terduduk. Terasa dadanya seakakn ditusuk-tusuk.

                "Alah! Abang ni, apa masalahnye dengan si Fekri tu? Dia kaya, banyak harta. Handsome lagi tu, kalau jadi menantu kita. Mesti semua orang pandang," Balas Puan Suraya tidak mengendahkan suaminya yang sudah kesakitan. Normal baginya jika lelaki itu terasa kesakita selepas memarahi Liliyan satu-satunya anak mereka berdua.

                 "Kamu ni tahu orang pandang je. Pandangan Tuhan tak nak pulak kesah! Kamu sendiri, Su. Dah tua.. Tak payahlah nak ikut lagi kawan-kawan kamu tu ke club. Sebaiknya bawak-bawaklah ke masjid ke.. ikut abang," Ujar Encik yusuf masih tidak mengalah. Puan Suraya hanya mencebik. Dia paling tidak suka apabila suaminya mengisahkan aktiviti hariannya. Malas dia melayan orang tua itu. Encik Yusuf memandang Liliyan yang hanya mendiamkan diri. Aneh, dia tak membalas. Kalau sebelum ni ada sahaja yang nak ditingkah bersama ibunya. "Kamu ni kenapa?" soal Encik Yusuf.

                 "Abang lah. Kalau dikata abang tingkah balik. Budak tu diam pown abang banyak masalah jugak!" Balas Puan suraya. Encik Yusuf meratap tajam membuatkan wanita itu pantas melarikan matanya. Pandangannya kemudian beralih pada Liliyan yang masih mendiamkan diri. riak wajah anak itu ada yang tidak kena tapi kenapa?

                  "kenapa Liliyan? cuba cerita kat ayah," suara Encik Yusuf sudah beransur kendur. Liliyan mula mengangkat kepala menampakkan linangan air mata yang membasahi pipi gebunya. Liliyan bangkit menghampiri Encik Yusuf yang duduk disofa bertentangan dengannya lalu memeluk tubuh gampal itu. tangisannya dilepaskan sahaja tidak dapat ditahan lagi. Fekri telah mengdustainya! Lelaki itu mengkhianatinya! Benarlah dikatakan, rahsia takkan kekal rahsia jika Allah kehendaki.

Liliyan seakan orang yang hilang arah. Telefon bimbitnya sengaja dibiarkan sahaja berdering tanpa henti sudah dapat meneka pemilik yang tidak putus-putus menghubunginya. Lelaki itu tak serik-serik lagi ke melukainya? Apa lagi yang dimahukan? tubuhnya direbahkan ke atas katil yang bersalut cadar biru sambil pandangannya dilemparkan sahaja ke siling. Deringan masih kedengaran entah yang untuk ke berapa kali. Seketika wajah tenang Aisya Humaira gadis yang dianggarkan lebih tua darinya itu meresap pemikiran. Terasa kekusutan fikirannya sedikit terubat. Cantik.... puji hatinya.

Raja Gelap semakin resah. Meja santapannya yang penuh dengan juadah dihentak keras hingga mengejutkan segala isi kamar makan yang kelihatan tidak teratur bersepah dengan segala jenis makanan dilantai sangat kotor disisip bau yang sangat kurang menyenangkan. Namun itulah kawasan yang paling  mereka gemari menjadi tempat tinggal mereka.

               "Jasad sudah menyedari sesuatu yang mulia!" Ujar sang utusan mengangungkan ketuanya. Sesungguhnya itulah yang paling disukai. Pujian baginya seakan menyalakan lagi semangatnya. Namun saat itu dia sudah tidak tenteram. Masakan tidak, biar sudah berpegang tangan jasad itu masih ada saat mengucapkan nama Tuhan yang Agung membakar seluruh tubuhnya dan meruntuhkan sebahagian markasnya di tanah jajahan. Pembaikian memerlukan masa dan kelalaian jasad yang diutus bagi membina semula markas yang baru.

               "Kita harus melancarkan serangan hendap! Dia tidak boleh sedar! Kelalaian harus menjadi sebatian hidupnya hingga dia diheret bersama kita ke neraka!" Janji sang Raja Gelap. Pengikut yang lain hinggar bersorak menyokong keputusan rajanya.

               "Tapi yang mulia, Iman pasti sudah mendapatkan semula sebahagian tentera mereka yang terkorban kerana sang jasad sudah mula punyai kepercayaan semula pada Yang Esa!" kedengaran suara seorang dari pada antara keramaian bersorak sorai. Suaranya kedengaran menggema kamar itu. Raja gelap membengis. Iman! Pasti dia sudah melakukan sesuatu hingga jasad itu tersedar! Arg!! Aku akan kalahkan kau lagi! bisik hatinya.

**********************************************************

FURQAN sendirian di kedai menggantikan kakaknya yang untuk bersolat. Mujur sahaja dia sudah menunaikan solat di kampus. Alhamdulillah.. syukur hatinya. Pandangannya menangkap gubahan bunga yang hampir siap oleh kakaknya. Terasa waktu terbuang hanya dengan menunggu tidak salah rasanya meneruskanpekerjaan kakaknya yang tertangguh. Pantas tubuhnya dihayunkan menuju ke atah jambangan bunga tersebut. Namun langkahnya dihalang bunyi loceng pintu kedai yang secara automatiknya akan berbunyi jika ada yang melewat masuk ke pekarangan dalam kedai itu. Pandangannya berubah arah. Ya Allah....

                 "As.....assalamualaikum...em... Cik Aisya Humaira ade tak?" Soal Liliyan tertib. matanya diliritkan ke seluruh penjuru kedai. Tiada kelibat Aisya Humaira.

                 "Waalaikumsalam... em... kak Aisya sedang bersolat.. kalau cik nak jumpa dia sila tunggu sebentar. Insyaallah tak lama. Kejap lagi dia balik la," ujar Furqan sebelum pandangannya yang terasa kesat direndahkan ke lantai. Masyaallah... Pantas dia membawa diri ke bilik kecil yang terpisah dari pekarangan depan kedai seakan-akan melakukan sedikit pekerjaan. Gadis itu seperti sebelum ini bersahaja memakai skirt pendek tapi kali ini lebih singkat dikenakan dengan baju t-shirt berlengan pendek menampakkan kulitnya yang gebu. Astaghfirullah! Furqan berdoa dalam hati agar kakaknya segera pulang. Tidak betah sendirian dengan Liliyan. Ya Allah... Ampuni aku dan ampunilah saudari itu ya Rabb.

Beberapa ketika kedengaran loceng kedai berbunyi lagi. Pandangan Furqan masih tidak mahu diangkat bimbang terpandang Liliyan yang tidak sempurna ditutup auratnya. Adakah kakaknya sudah pulang? hatinya gelisah.

               "Furqan, kakak keluar sekejap!" kedengaran jeritan dari pekarangan kedai. Alhamdulillah! syukur hatinya. Furqan masih tidak mahu mengangkatkan pandangan hanya menganggukkan kepala berbuat seakan dia khusyuk membaca sesuatu namun hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Petang di bandaraya menjanjikan kesesakan lalulintas yang tidak tertahan kekusutannya. Liliyan menjeling sekilas ke arah Aisya Humaira. Gadis itu sangat menyenangkan hatinya. Mereka sedari tadi berkongsi kisah kesedihan yang melanda Liliyan, banyak nasihat yang diberikan namun kebanyakannya lebih berlandaskan kepada saranan agama. Liliyan bukan tidak tahu hukum Tuhan, sedari kecil ayah selalu mengingatkanya dan mendidik dia untuk patuh pada agama. Tapi didikan ibunya pula berbeza, dek kerana lebih rapat dengan ibunya juga sering diprovoke dengan material dia mengikut sahaja kehendak ibunya. Resultsnya? Liliyan...

                 "Kak Aisya... kalau Liliyan nak tanya boleh tak?" Soal Liliyan teragak-agak.

                 "Boleh, sayang," ujar Aisya Humaira bersama senyuman yang bagi Liliyan sangat menawan.

                 "Tak susah ke pakai pakaian macam ni? kenapa nak tutup sampai macam ni? Tak rasa semua tu tak perlu ke?" Liliyan dengan yakin menuturkan soalan. Niatnya hanya ingin mengetahui mengamit tawa kecil Aisya Humaira.

                 "Wanita dalam Islam ibarat perhiasan dunia. Keindahannya mampu mencairkan mana-mana hati adam. Kecantikannya ibarat permata. Bayangkan jika kita punya permata yang indah lagi mahal, adakah sanggup kita biarkan bersepah-sepah? mestinya kita akan jaga sebaiknya disimpan di dalam kotak khas agar tidak dilihat orang. Betul tak?" Aisya Humaira memulangkan soalan. Liliyan berfikir sejenak sebelum tersenyum kecil. "Dalam hidup ini Liliyan... Kita punya larangan dan suruhan yang perlu dipatuhi. Ini adalah untuk kebaikan kita sendiri. Allah tidak akan menetapkan sesuatu jika bukan kerana demi kebaikan hambaNya. Islam itu mudah," sambung Aisya Humaira.

Liliyan hanya memusatkan pandangannya pada jalan raya yang sudah semakin regang ketegangannya. kenderaan sudah mula bergerak dan semakin meluncur laju. Liliyan hanya berdiam menghantar Aisya Humaira pulang semula ke kedai namun tidak mahu memasuki perkarangan kedai biar diminta. dia sedar Furqan tidak selesa dengan kehadirannya. Melihat reaksi pemuda itu sahaja sudah cukup memberikan dia suatu perasaan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini.....Malu..........

**********************************************************

TENTERA gelap dan cahaya memenuhi pertembungan antara wilayah hati. Tentera gelap memperlihatkan kebengisannya dengan wajah yang pelbagai bentuk yang hodoh. Pasti kerna dibakar tiap kalimah yang sebelum ini pernah disebutkan oleh Liliyan. Subahanallah... General Iman berdiri dipaling hadapan mengetuai seluruh tentera cahaya yang sudah semakin terang kilauannya dek kerana sang jasad sudah mula merasa.... Malu.... Alhamdulillah... jika ada perasaan malu kepada manusia bermaksud mereka sudah mula beriman semula. Raja gelap dapat melihat cahaya yang menyilaukan mata itu. hampir sebahagian tenteranya terasa tidak senang dengan kilauan itu. Terasa tubuh mereka panas namun masih dapat ditahan lagi. Kali ini pertaruhan adalah lubuk hati yang paling dalam.

               "Aku tidak akan membenarkan anak adam ini terus manikmati keindahan Islam! Dia akan kubawa besamaku ke neraka jahannam!" Sumpah raja gelap disambut bersungguh oleh semua pengikutnya. General Iman yang mendengar hanya tersenyum tipis.

               "Kemenangan tetap akan berpihak pada kebenaran," tenang general Iman merungkaikan hujahnya. Raja gelap senyap seketika sebelum ketawa besar. Suaranya yang nyaring kedengaran hampir se kesegenap penjuru kawasan petarungan.

               "Kau sudah lupa kekalahanmu yang dahulu? mahu diketawakan lagi?"

               "Aku tidak pernah lupa akan janji Tuhanku! yang menyisipkan aku dalam hati tiap anak adam yang diutus ke bumi. aku tidak akan membernarkan kau membawa mereka sewenangnya," General Iman bersuara. Kali ini dengan nada yang sedikit tegas.

**********************************************************

TIRAI senja sudah melabuhkan pancaragamnya membangkitkan malam yang penuh ketenangan diciptakan buat penghuni bumi untuk berehat dan beribadah kepadaNya setelah siangnya berusaha mencari rezeki. Encik Yusuf masih tidak meninggalkan duduknya bersama butiran tasbih yang masih lekat ditangkainya. Bibirnya tenang mengalunkan zikrullah mengubat hatinya yang luka kerana keluarganya yang masih tidak mahu menerima nasihatnya. Usai sahaja bertasbih dia memanjatkan doa penuh ikhlas.

                   "Ya Rahman....ampunilah keluargaku... anakku Liliyan yang aku sayangi dan cintai. Bajailah ya Rabbi hatinya dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhilah dia dari sifat-sifat mazmumah. Lindungilah dia Ya Allah, sedarkanlah dia akan keindahan agamaMu. Ampunilah jua isteriku yang aku cintai. Aku... aku gagal ya Rahim membawanya ke jalan kebenaranMu... maafkanku... berikan aku peluang ya Allah... aku tidak sanggup mereka dilemparkan ke nerakaMu... Tolong ya Rahman...," kedengaran suara tua En yusuf tersekat-sekat diselangi esakan tangisannya. Liliyan yang memerhati dari ambang pintu yang sedikit terbuka dapat merasakan linangan air mata membasahi pipinya. hangat.......

Tubuhnya dipalingkan ke luar tidak sanggup melihat ayahnya yang sedang khusyuk mendokan dia dan ibunya. Sungguh ayahnya amat menyintainya dan ibunya. Kasihan ayah.....bisik hati Liliyan... ternyata kami tidak pernah mendengar nasihatnya. Leterannya seakan suatu yang menyakitkan sedang sebenarnya ia adalah untuk kebaikannya sendiri......MasyaAllah..........Ya Illahi.... ampuni aku atas kelalaianku......

**********************************************************

KEDENGARAN doa mulus Liliyan bergema ke segenap penjuru ruangan peperangan. Mereka yang sedang rancak bertempur terhenti. Terasa gegaran merentak lantai medan peperangan dengan sangat dahsyad. Bunyi suara gempit gempita dari jajahan gelap. jeritan semakin nyaring sebelum kelihatan markas jajahan hitam yang jatuh berguguran menjadi debu. Sebahagian tenteranya seakan terkena racun terus bergelimpangan tidak lagi mampu bangkit. Tentera cahaya bertakbir memujiNya. Seketika kelihatan perisai mereka semakin bercahaya. Cahaya yang sangat terang hingga membutakan padangan tentera gelap. General Iman memanjat syukur sebelum mengarahkan tentera cahaya terus menyerang musuh mereka.

                 Raja gelap yang sudah tahu akan kekalahan mereka tidak dapat membuat keputusan cemas diantara medan peperangan. Markasnya semakin banyak yang roboh. "Undur! Undur! Pertahankan wilayah yang masih ada!" Jeritan Raja hitam kedengaran hingar. Tenteranya bertempiaran lari mencari pelindungan berudur semula ke kawasan mereka yang masih kuat. namun kehilangan sebahagian besar kawasan mereka sangat mengecewakan! IMAN!!!!!!! jeritnya lantang..

**********************************************************

KEINDAHAN pagi dirasakan lebih menyerlah saat itu. Musim cuti seakan baru sahaja dapat dirasai indahnya. Dia bebas....bebas dari berpegang tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya... Dia bebas dari berbicara sia-sia dan menyentap nafsunya.. Alhamdulillah! Syukran Ya Allah! Hari itu bangun sahaja dari tidurnya, kelihatan sebuah bungkusan putih indah berbalut diikat ceria dengan riben bewarna merah jambut lembut. Cantik.. menurut kad yang tetera adalah buatnya tapi dari siapa? Lincah tangannya membuka kotak itu tidak sabar. Yakin hatinya ia bukan dari Fekri. Lelaki itu sudah dibuang jauh dari hatinya. Tidak mahu lagi mengingatkan kisah mereka yang mampu menjamah lukanya. Perlahan kotak dibuka dan terselit sekeping kad tertulis tertib.....

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]


Dilirit isi kotak cuba merungkai persoalan yang masih bersarang dihatinya. Pantas tangannya mencapai isi kotak itu.... Subahanallah.. sepasang jubah moden indah bewarna hijau muda mewarnai pandangan beserta tudung labuh dah sarung lengan bewarna cream. Liliyan hanya tersenyum sendiri masih memikirkan garangan yang memberikannya hadiah seumpama itu. Sungguh indah...

**********************************************************

FURQAN masih tekun mengira stok mereka tang baru sahaja tiba hari itu membantu kakaknya yang juga sibuk mengira jumlah penghantaran yang masih belum sampai atas sebab komplikasi tertentu. Dia sendiri kurang pasti atas sebab apa. Entah mengapa seketika fikirannya tiba-tiba teringatkan Liliyan yang sudah lama tidak mengunjungi kedai itu selepas membawa kakaknya keluar untuk beberapa kali. Yang terakhir dilihat adalah sebelum Ramadhan dua tahun lepas. Namun gadis itu tidak pernah menampakkan dirinya kepadanya. Mungkin gadis itu tahu dia tidak selesa dengan pakaiannya. Wallahualam... Tapi apa pula yang terjadi pada bungkusan yang dia kirimkan?

                "Oit!" Kedengaran lantang suara menyergahnya bersama satu tepukan lembut dibahunya.

                "Astaghfirullah!" Latah Furqan. Pandangannya dipalingkan kebelakang. "Akak! jangan buat macam tu, terkejut Furqan!" Teguran Furqan mengamit tawa kecil Aisya Humaira sebelum gadis itu meminta maaf.

                "Saje je akak tengok adik akak ni asyik termenung je. Ade rindu kat sape-sape ke?" soalan Aisya Humaira seakan menyentap tangkai jantungnya. Rentaknya tidak keruan.

                 "Mana ada kak.. sapelah yang nak saya ni.. lainlah akak... tak lama lagi nak tinggalkan Furqan dah.. Akan bergelar isteri orang. Haih.... beruntung abang Faukhrul... dapat akak Furqan yang comel dan baik hati ni," seloroh Furqan selamba sengaja mengusik kakaknya. Dia tahu Aisya Humaira jika disebut mengenai tunangnya pasti akan terdiam terus wajahnya juga akan kelihatan merahnya. Seganlah tu! "Rmadhan kali ni entah kenapa Furqan rasa lebih tenang. Macam ada sesuatu lah kak... Mungkin sebab kakak Furqan ni nak langsungkan perkahwinan kowt lepasnya..." Furqan masih tidak puas mengusik.

                 "Pandailah kamu ni!" balas Aisya Humaira disertai satu cubitan di lengan Furqan. Pemuda itu mengaduh sebelum ketawa sendirian.

                "Sunyilah Furqan lepas ni.....kak.....???" Furqab tidak sempat menghabiskan kata-katanya saat melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang memakai pemberiannya. Pandangannya seakan sudah tidak dapat dilarikan lagi. Sungguh indah....subahanallah.......... Aisya Humaira melirit ke arah pandangan adiknya juga tersenyum kecil... alhamdulillah....

Ketenangan di sebuah kedai makan pilihan Aisya Humaira menampilkan ketenangan bagi setiap pengunjungnya. Kedai makan itu berlainan dari yang pernah ditemuinya. Kedai ini mempunyai beberapa ruangan yang ditetapkan namun pelanggan masih bebas memilih. ruangan yang disediakan adalah ruangan wanita yang ditempatkan di sebelah kanan kedai dikhaskan buat muslimah dipisahkan dengan pemisah yang berukir indah. selebihnya adalah kawasan keluarga dimana pelanggan bebas untuk bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan. Oleh kerana Furqan ikut bersama maka mereka memilih kawasan keluarga.

                "Alhamdulillah, akak syukur sangat Liliyan membuat keputusan yang tepat. Tapi kemana Liliyan dah lama tak jenguk kami? cuti kawin ke?" Ujar Aisya Humaira sekadar bercanda. Liliyan yang mendengarkan kata-kata Aisya itu menunduk malu. Furqan mengerutkan dahi. Entah mengapa hatinya terusik saat kakaknya menyatakan Liliyan sudah bernikah.. Astaghfirullah, kalau benar pun bukan urusannya! tingkah hati Furqan.

                "Tidaklah kak. Saya dah lama tak datang sebab selepas menamatkan pengajian saya ambil masa memperlajari ilmu agama di sebuah kolej swata. Agak sibuk sikit. Lagipun kolej tu lokasinye kat luar kawasan Malaysia. So... agak jauh kalau nak ulang alik ke sini," jelas Liliyan yang kelihatan manis bertudung.

                "Kenapa jauh sangat?" Furqan memberanikan diri bertanya. Liliyan yang sedikit terkejut mengangkat wajahnya seketika mata mereka bertembung sebelum kedua-kuanya menundukkan wajah.

                 "Ayah terpaksa menetap sementara di tempat tu atas urusan kerja. Jadi Liliyan ikut sama. Jadi rasanya dari dibuang masa sahaja baiklah belajar apa yang perlu..." Balas Liliyan malu. Furqan hanya mengangguk mendengar penjelasan gadis itu. Aisya Humaira menahan tawanya melihat kedua-dua mereka.

                  "Legalah orang tu dengar Liliyan belum kepunyaan sesiapa lagi,"

                  "Akak!" Bentak Furqan segan dengan talahan kakaknya.

                  "Tapi... saya hanya akan menyerahlan hati saya buat insan yang menjadi inspirasi saya," ujaran Liliyan membuat Furqan terdiam. Sudah berpunya hatinya......

                  "Siapa orangnya?" Tanya Aisya Humaira. Namun jawpan dari Liliyan hanya satu gelenggan.

Sudah seminggu Liliyan kerap sahaja ke kedai itu adakala hanya atas tujuan berbual dengan Aisya sambil mempelajari cara menggubah bunga. Furqan juga dilihat senang dengan kehadirannya sudah dapat berkongsi pendapat dengannya. Masih teringang kata-kata Furqan mengenai hijjab.

                   "Kalau ana ada dua gula-gula satu ana masih kekalkan bungkusannya dans atu lagi ana buka dan keluarkan isinya. Lalu kedua-duanya ana buangkan ke tanah. Yang masa satu akan Liliyan kutip untuk makan?" soal Furqan bersama senyuman tipis.

                   "Yang berbungkus," jawab Liliyan jujur.

                   "Kenapa?" soal Furqan kembali.

                   "Sebab yang tak berbalut tu dah kotor," balas Liliyan semula.

                   "Itulah bezanya muslimah yang menutup auratnya dan tidak menutup aurat.. Wallahualam," ujar Furqan. Liliyan tertunduk malu. Mengenangkan kejahilannya suatu masa dahulu. dia sangat malu.. Malu pada dirinya, malu pada sahabat-sahabat, dan yang paling penting dia malu pada Allah. "Namun Allah itu Maha Pengampun..." Furqan tahu apa yang melanda fikiran Liliyan mengambil sehelai kertas lalu dicatatkan sesuatu diatasnya sebelum diserahkan kepada Liliyan. Hatinya nekad. Kemudian dibawa tubuhnya berlalu pergi dari situ.

Maaf, mungkin telahan ini sudah terlambat kerana hatimu mungkin sudah berpunya... Wallahualam... namun demi Allah aku menyintaimu....


Tulisan itu diperhatikan teliti. Lalu tanganya pantas mengeluarkan kad yang diterimanya bersama jubah yang dipakainya. diletakkan bergandingan lalu dibezakan.. Ya Allah! orang yang selama ini aku cari sebenarnya ada disisiku...

                "Furqan!" Furqan menghentikan langkahannya. Kelihatan kelibat Liliyan sedang berlari kecil kearahnya. Hatinya berdebar. Adakah gadis itu marah akan pengakuannya? Liliyan yang menghadap Furqan menyerahkan kad dan tulisan yang baru sahaja diberikan pemuda itu. Furqan melihat tenang. Ya, itu kad yang diberikan bersama jubah.

                "Kamu yang berikan saya kad ini bersama jubah ini kan?" Soal Liliyan tegas. Furqan terdiam sejenak sebelum mengangguk kecil. Liliyan tersenyum girang. hatinya sangat gembira.. Alhamdulillah! "Jadi kamulah orang yang memberikan inspirasi kepada saya...." sambung Liliyan lagi. Furqan sudah mengerti.. tubuhnya dijarakkan sedikit dari gadis itu. Ada senyuman tercalit diwajah tenangnya.

                "Wahai Nur Liliyan Ameliya binti Lutfi.....sudikah saudari menjadi isteri ana yang sah?" Liliyan terkaku. Pandangannya berkaca. Hanya tuhan yang tahu kebahagiaannya saat itu. Tiada kata yang mampu dilafazkan. Hatinya sahaja yang tidak putus-putus mengucap syukur...Ya Rabb.... Rahmatilah kami...Satu senyuman diliritkan bersama satu anggukan tanda persetujuan.. Furqan mengucap syukur....

**********************************************************

DARI kejauhan General Iman memerhati bersama senyuman sambil bibirnya masih segar dengan zikrullah. Ternyata Nur Allah itu hanya diberikan Allah kepada insan yang benar-benar meletakkan Allah dihadapan.. Malaikat dikiri dan kanan.. Dan matlamat Islam di sekelilingnya...... Liliyan.. taman hatinya sudah kelihatan bunga-bunga yang berkembang indah... semakin harum.... Alhamdulillah... Aku, wahai Liliyan akan menjagamu... selagi kau mempercayaiku dan Tuhan yang menciptamu...... Illahi Rabbi subahanallah....



~TAMAT~